-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Kisah Lelaki Bersayap

Kisah lelaki bersayap, bukan sembarangan lelaki. Beliau adalah seorang lelaki yang gagah dimedan perang. Seorang pahlawan yang sanggup berkorban apa saja demi menpertahankan agama.

Ini kisah Jaafar Bin Abi Thalib ketika tercetusnya Perang Mu'tah, iaitu perperangan diantara tentera Islam melawan tentera Rom. Zaid bin Harithah, anak angkat baginda telah dilantik menjadi panglima perang.

Kisah Lelaki Bersayap

Manakala, Jaafar bin Abi Thalib telah ditugaskan sebagai orang kedua yang akan mengantikan Zaid bin Harithah, jika si panglima itu gugur syahid.

Berlakunya pertempuran yang sengit, dimana 3000 tentera Islam melawan 100,000 tentera Rom. Zaid bin Harithah, yang memegang panji perang tentera Islam telah gugur syahid terkena tikaman pihak musuh.

Jaafar bin Abi Thalib pantas mengantikan tugas sebagai panglima dan memegang panji Islam. Dalam perang zaman dahulu pemegang panji inilah yang menjadi tumpuan pihak musuh untuk ditumpaskan bagi melemahkan semangat rakan-rakan yang lain.

Jaafar bin Abi Thalib telah menjadi sasaran utama, kedua-dua tanganya telah putus dipancung oleh pihak musuh. Dengan menggunkaan sisa-sia tangannya yang ada, dia masih mengibarkan panji.

Sehinggalah Jaafar telah syahid selepas badannya ditusuk 13 anak panah dan 6 tikaman mata pedang pihak musuh. Ada riwayat yang menyatakan Jaafar syahid dengan 50 tikaman.

Tugas panglima perang digantikan oleh Abdullah bin Rawahah yang juga turut syahid dalam peperanagn ini, dan seterusnya tugas panglima diambil alih oleh Khaled Al Waled.

Jaafar bin Abi Thalib yang tangan terputus, demi mepertahankan agama Islam, lalu belaiu telah syahid. Allah telah mengantikan tangannya dengan 2 sayap, yang membolehkan beliau terbang di dalam Syurga.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail