-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Ketagihan Teknologi Terkini

Dunia semakin maju, kecanggihan mengelilingi manusia. Sana sini ada teknologi,, malah sudah menjadi suatu keperluan. Rasa janggal diri apabila sehari tanpa adanya teknologi.

Smartphone, antara gadget kegilaan manusia di abad ini. Tak kira kecil atau besar, muda atau tua, virusnya sudah menyerang manusia yang ketagihan teknologi terkini yang canggih.

Ketagihan Teknologi Terkini

Kita pergi sana sini, paling tidak kita akn jumpa manusia yang akan mengelek "Tablet"nya, ada manusia yang sedang mengores-ngores skrin "smartphone"nya. Ia ada dimana-mana.

Semalam aku terjumpa video ini, pasal kehidupan manusia dalam era teknologi. Semakin hari semakin mengikis hubungan sesama kita, dan manusia semakin rapat denagn smartphone berbanding pasangan dan kawan-kawan mereka sendiri.


Boleh tak kita bayangkan atau cuba, tutup telefon anda itu sekejap, 1 jam atau 12 jam atau mungkin sehari. Mampukah kita berbuat begitu.

Aku ini pun pandai cakap je, tapi aku pernah terfikir nak buat begitu. Namum aku tak berdaya nak menahannya, paling lama aku tutup telefon aku pun lebih kurang 6 jam. 

Bukan sebab telefon aku rosak atau kehabisan bateri atau aku merajuk dengan bini aku. Tapi aku saja-saja nak merasa balik ketika dizaman aku tak memiliki telefon dulu. 

Waktu itu, aku tak ada telefon, tapi tidak pula aku merasa resah, seperti sekarang. Aku memiliki telefon bimbit ini sudah agak lewat, orang lain dah pakai telefon canggih, aku baru beli nokia 3310.

Dulu tak rasa janggal pun kalau tak ada orang nak call atau mesej setiap hari, tapi sekarang pantang tengok bateri dah nak habis, dah mula cucuk pengecas, risau kalau-kalau diri ini tak dapat dihubungi.

Aku tak tahu apa yang aku rasa ini korang pun ada rasa yang sama.Tapi aku sangat tertarik dengan video tu, buatkan kita terfikir, dan memang situasi begitu berlaku disekeliling kita hari ini.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail