Aku rasa rata-rata dikalangan kita semua pernah menduduki peperiksaan SPM. Tahun ini SPM akan bermula pada 6 November 2013. Dan inilah peperiksaan terakhir buar pelajar diperingkat sekolah menengah.
SPM ini penting sebab akan menjadi hala tuju masa depan buat pelajar. Jika berjaya, mungkin akan mendapat peluang masuk ke kolej Matrikulasi, ada yang berjaya masuk ke tingkatan 6 Sains atau 6 sastera. Dan ada juga yang terus sambung ke peringkat diploma atau sijil.
Namum semasa aku sedang menduduki SPM, sebenarnya ada beberapa kawan aku yang tercicir, salah mereka juga malas nak sekolah.
Bagi aku kenangan SPM itu cukup terkesan hingga kini. Walaupun sudah bertahun berlaku. Ada banyak peristiwa dan kejadian yang menimpa aku.
SPM dan Bisul
Seminggu sebelum aku menduduki SPM, tangan aku telah terkena bisul, betul dekat lengan, sebelah tangan kanan. Memang bisa beb, aku nak menulis pun terasa sakit.
Bayangkan macam bertapa seksanya, ngerinya aku menulis karangan Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris. Rasa panas sejuk panas sejuk je bisul aku semasa itu.
Bisul tu lama melekat dekat tangan aku, sehingga 2 minggu selepas SPM masih belum sembuh. Malah lebih teruk apabila aku terpaksa duduk diasrama sepanjang peperiksaan itu.
Seingat aku semasa aku menduduki SPM itu pada bulan ramadhan.
Lembaga Hitam
Aku duduk di asrama sepanjang minggu peperiksaan itu, bagi memudahkan aku pergi awal sebelum waktu peperiksaan bermula. Dan juga untuk menyenangkan lagi aku mengulang kaji pelajaran. Dan boleh juga dibuat study group, mana yang tak faham boleh bincang.
Dan menjadi tabiat aku untuk study pada pukul 3 pagi ke atas, malam ini tak ramai orang di asrama, semua pelajar aliran sastera balik kampung, dan cuma tinggal kami 5 orang pelajar aliran sains.
Malam itu aku bangun seperti biasa. Aku pun menjenguk ke tingkap untuk tengok siapa ada dekat dewan study, aku nampak ada orang, aku bajet itu kawan aku "ceh bangun awal tak kejutkan aku" bisik aku dalam hati.
Aku bangun, sahut sweater adidas aku, terus berjalan nak menuju ke bilik, nak basuh muka. Dan katil kawan aku betul-betul terletak di tepi pintu. Aku tengok kawan aku sedang nyenyak tidur. Aduh, tadi aku nampak siapa. Selalunya aku dengan kawan kau ni je yang suka bangun diwaktu macam ni.
Tapi jiwa aku masih kental, aku fikir mungkin kawan aku seorang lagi yang bangun nak study kot. Aku pun pergi basuh muka. Masuk bilik balik, nak ambil buku rujukan dan buku nota. Aku pun terlintas nak tengok sapa yang sedang study dekat luar tadi, sekali aku tengok....dah tak ada orang. Meremang bulu romaku, terus aku balik ke katil dan tarik selimut, tak jadi nak study.
Subuhnya aku bangun, selepas solat jemaah, aku tanya ada tak sesiapa yang bangun study semalam pukul 3 pagi, sorang pun jawab tidak, semua sedap duk tidur. Aku pun diam aje la, tak beritahu pun pasal aku nampak ada lembaga dekat dewan study tu. Terkena aku semalam.
Malam Yang Akhir
Seingat aku subjek akhir SPM aku ialah Biologi. Dan ini adalah malam terkahir aku berada di asrama ini. Dan malam terakhir aku menjadi pelajar di sekolah ini. Sudah banyak malam aku tak bangun study pukul 3 pagi, paling awal pun aku bangun study selepas subuh.
Malam-malam terakhir ini juga cuma tinggal kami 5 orang pelajar kelas sains. Pelajar kelas sastera dah habis semua subjek. Namum ada seorang kawan aku daripada kelas sastera nak tidur bersama kami malam ini. Jadi semua jumlah kami yang bermalam di asrama adalah 6 orang, dan warden memang tak ada semua orang dah seronok bercuti.
Sebenarnaya selepas malam aku ternampak lembaga itu, aku ajak semua kawan kau tukar dorm, Sebab dorm yang ini dah takkan nampak terus ke dewan study. Syukur 3 malam sebelum itu tak ada apa-apa yang berlaku.
Aku ingat malam terkahir ini tak ada lagi benda nak mengacau aku. Dimulakan dengan bismillah, dan doa tidur aku pun mulakan sesi ketiduran. Malam itu aku tidur dalam pukul 12. Memang aku dah tak mahu bangun study pukul 3 pagi dah, serik aku.
Semua kawan-kawan aku, letak je kepala terus lena. Tapi aku sampai sudah tak tidur-tidur. Alamak, kenapa susah sangat mata aku nak pejam ni. Aku tengok jam, dah pukul 12.30. Aku dah mengantuk tapi mata tak boleh lelap.
Aku cuba pejamkan juga mata aku, mula kedengaran macam-macam bunyi, ada bunyi orang sedang berjalan, ada bunyi serangga atau unggas yang belum pernah aku dengan sebelum ini di asrama ini, siap ada bunyi pintu terbuka dan tertutup pulak.
Aku memang dah pejam mata rapat-rapat. Nak kejutkan kawan aku, nampak best pulak dorang tidur. Aku pun pergi tukar katil yang lain. Biasa la dalam dorm kami ada 20 jatil double decker. Dah tak ada orang, aku pilih aje la mana-mana katil, dengan harapan dapat tidur dengan nyenyak.
Namum keadaan masih, sama, bila aku nak pejamkan mata aje, macam bunyi kendengaran. Keadaan itu berlarutan sehingga subuh. Langsung aku tak boleh tidur. Keesokkannya aku dengan mata mengantuk mengadap soalan biologi.