Nasi lemak adalah menu popular bagi rakyat Malaysia selain daripada roti canai sebagai sarapan pagi. Namum jangan kita silap sekarang tak kira masa, hidangan nasi lemak tetap dicari pelanggan sampai ke malam, pun ada yang masih menjamah nasi lemak.
Jika kita rakyat Malaysia yang kental, pasti tegoda dengan haruman nasi lemaknya, sambal dan ikan bilisnya serta dihindang pula diatas daun pisang...perghh..memang membuka selera.
![]() |
Kredit Gambar : Link |
Jika nasi lemak biasa cukup sekadar ada telur rebus sebagai lauk tambahan disamping beberapa hirisan timun. Namum ada juga yang suka jadikan ayam goreng sebagai lauk, dan tak kurang juga yang gemarkan burung puyuh goreng sebagai lauk. Malah dengan pelbagai sambal sotong, udang..dah dah..aku dah lapar ni...
Hidangan nasi lemak boleh dikatakan agak ringkas dan mudah. Namum ia cukup unutk mengalas perut diwaktu pagi, tapi awas jangan terlebih makan pula. Jika terlebih makan boleh mengakibatkan rasa mengantuk yang terlampau di waktu pagi. Nak buat kerja apa pun tak boleh.
Sekarang nasi lemak bukan sahaja ada di Malaysia. Nasi lemak kini ada dijual di seluruh dunia, jangan risau kalau anda nak pergi keluar negara, agak-agak dah bosan makan makanan western, boleh cari nasi lemak di kota New York, atau mungkin di London.
![]() |
Kredit Gambar : Link |