-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Final Piala Malaysia 2013 : Kelantan vs Pahang

Menjelang Final Piala Malaysia 2013, pertembungan dua pasukan hebat dari pantai timur, Kelantan bertemu Pahang. Sang Kijang menentang Sang Gajah. 

Diperingkat kumpulan kedua-dua pasukan ini berada dalam satu kumpulan yang sama, dan dianggap sebagai kumpulan maut untuk musim ini.

Melihat kepada rekod pertemuan dua pasukan ini, dalam saingan Piala Malaysia dan Liga Super. Nyata keputusan diatas kertas lebih memihak kepada pasukan Kelantan, namum tidak dinafikan pasukan Pahang pada musim ini adalah diantara pasukan yang terbaik.

Piala Malaysia Peringkat Kumpulan C
Kelantan 4-0 Pahang
Kelantan 1-1 Pahang

Liga Super 2013
Kelantan 2-2 Pahang
Kelantan 2-0 Pahang

Final Piala Malaysia 2013 : Kelantan vs Pahang

Apek Lebih Berbisa Digawang

Penjaga gawang nampaknya Apek lebih menyerlah berbanding Khairul Azhan. Kita boleh saksikan ketangkasan Apek semasa menetang ATM, banyak aksinya menyelamatkan tendangan ke arah pintu gol. 

Namum kelebihan Khairul Azhan adalah dalam menagkap bola-boal tinggi, namum agak goyah bila menangkap bola leret.

Ketiadaan Obina Meresahkan Pertahanan Kelantan

Musim ini prestasi yang ditunjukkan Obinna Nwaneri begitu bagus sekali. Dan kita boleh lihat sendiri dalam perlawanan-perlawanan untuk Piala Malaysia, tonggak pertahanan ini memainkan peranan yang penting dalam mengekang asakan lawan. 

Namum Dalam perlawanan akhir ini, Obinna tidak dapat beraksi kerana telah mengumpul dua kad kuning. Jadi percaturan TRW kini dibahagian pertahanan, kemungkinan besar akan menurunkan Subra bersama Nik Shahril Azim serta Azizi Mat Rose.

Barisan pertahanan nampaknya memihak kepada pasukan Pahang. Dengan tonggak pertahanannya, Damion Stewart, dirasakan permain yang paling sesuai untuk menyekat kemaraan Dickson, orang besi.

Kapten Marvel Tunjang Midfield

Mohad Badhri Radzi atau Piya, nama yang sudah tidak asing lagi, walaupun sering dipinggirkan daripada skuad kebangsaan, namum aksinya membantu TRW cukup hebat. Dia adalah legenda bolasepak Kelantan. 

Piya adalah nadi pengerak serangan pasukan Kelantan, disamping itu Piya dibantu pula oleh Shakir Shaari. Dua pemain ini, saling menbantu dalam mengerakkan jentera serangan TRW. Serangan pasukan Kelantan lebih banyak tertumpu dari bahagian tengah.

Namum pasukan Pahang pula dibarisi flanker pantas mereka. Dan kita boleh lihat cara Pahang menyerang lebih banyak melalui bahagian tepi iaitu melalui Alex, Gopi dan Surendran. Dan mereka ini cukup pantas dalam melancarkan serangan.

Aksi Di Bahagian Stiker

Dalam bola sepak, aksi bahagian penyerang, amat dinanti-nantikan gawang pihak lawan dibolosi. Namum antara kedua-dua pasukan ini. Aksi bahagian penyerang, boleh dikatakan seimbang, diantara Farhan dan Mohd Fauzi Roslan.

Kedua-duanya memiliki kelebihan masing-masing. Aksi Dickson Nwakaemeorang besi pastinya ditunggu-tunggu, namum aksi Matias Conti juga didambakan.

Ramalan Perlawanan

Kawe tak mahu teka berapa gol dalam aksi final nanti. Koi sokong kedua-dua pasukan. Ambo harapkan perlawanan yang terbaik dan kawan mahu lihat perlawanan final yang menghiburkan.

Majulah Sukan Untuk Negara.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail