Fakta Menarik Tentang Piala Malaysia 2013, dua pasukan terbaik daripada pantai timur akan berentap merebut Piala Malaysia, lebih menarik kedua-dua pasukan dari kumpulan yang sama, yang dianggap kumpulan maut.
![]() |
Gambar Ihsan Wikipedia. |
Namum ada banyak lagi fakta menarik Piala Malaysia, kejohanan bolasepak yang penuh sejarah di negara kita ini.
1. Piala Malaysia pada awalnya dikenali Piala Malaya, mula dianjurkan pada 1920-an, disertai oleh semua negeri-negeri di Tanah Melayu, Namum formatnya agak berbeza daripada sekarang, kerana perlawanan akhir ditentukan dengan pertemuan juara utara dengan juara selatan.
2. Juara pertamanya Piala Malaya adalah Singapura, setelah menang menentang Selangor, 2-1.
3. Pada 1933, Piala Malaya ditukar nama kepada Piala HMS Malaya, bersemperna nama kapal perang HMS Malaya. Malah kapten kapal itu telah menyumbang sebuah piala serta menamakannya dengan Piala HMS Malaya.
4. 1967, Piala HMS Malaya yang baru telah diganti dengan Piala Malaysia. Dan selepas itu barulah pasukan dari Borneo turut menyertai Piala Malaysia.
5. Singapura menarik diri dari Liga Malaysia pada 1995, namum mereka berjaya memenangi Piala Malaysia 1994.
6. Pasukan berstatus kelab pertama yang berjaya menyertai Piala Malaysia adalah Johor FC ( Kini dikenali JDT). Selangor MPPJ pula adalah pasukan kelab pertama yang berjaya memenangi Piala Malaysia.
7. Pasukan Selangor merupakan pasukan paling cemerlang dalam kancah Piala Malaysia, dengan 32 kali kejuaraan, 16 kali naib juara.
8. Cuma ada 3 pasukan sahaja yang pernah mengondol kejuaraan treble dalam semusim, iaitu Selangor (2005) dan Kedah (2007 & 2008), serta Kelantan (2012). dan Kedah merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya memenangi kejuaraan treble dua musim berturut-turut.
9. Perlawanan akhir melibat dari dua pasukan daripada kumpulan yang sama pernah berlaku 4 kali iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan pada 2010 (kumpulan A), Negeri Sembilan dan Terengganu pada 2011 (kumpulan B), Kelantan dan Tentera pada 2012 (kumpulan B) dan 2013, Kelantan dan Pahang (kumpulan C)