Asleymadison.com laman web yang mengalakkan penzinaan, akan dilancarkan di Singapura pada 17 November 2013. Namum mendapat tentangan daripada masyarakat Singapura.
Walapun ianya akan dilancarkan di Singapura, tetapi ia akan menjada pusat untuk rantau ini. Dan khabarnya ada perancangan laman web itu untuk dibuat dalam bahasa Melayu.
Jadi apakah motifnya tu/ Dah terang lagi bersuluh, mereka juga mahu menyerang umat Islam di negara ini juga.
Aku lihat sejak zaman internet ini mula berkembang di Malaysia, dah terlalu banyak durjananya merebak ke dalam masyarakat kita.
Apa dah jadi kepada "Melayu Boleh" kita boleh lihat sendiri, nama itu sudah tercemar di intenet. Sekarang mahu ditambah pula kudis lama, makin hanyirlah luka yang bernanah itu.
Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, walaupun mereka akan terus menyerang, namum kita juga harus terus bertahan dan melawan.
Apakah kita sanggup melihat anak muda kita terus rosak akhlak mereka, dan institusi kekeluargaan menjadi hancur.