Bitcoin adalah matawang digital. Sama macam wang tunai juga. Bitcoin boleh dihantar ke seluruh dunia tanpa perlu menggunakan bank serta tiada fees yang tinggi dikenakan
Sebenarnya agak sulit untuk aku menperihalkan kisah Bitcoin ini, bagi mereka yang biasa dengan Deep Web mungkin bitcoin tidak asing buat mereka. Bagi kita orang biasa, cukuplah ambil tahu sebagai pengetahuan am.
3 Juta Dollar Dalam Masa 4 Hari
Dan dengan Bitcoin ini juga telah berjaya memberi keuntungan yang lumayan kepada Sam Cole, Marcus Erlandssona Dan Adrea Kennemer. Dalam masa 4 hari, mereka bertiga ini berjaya menghasilkan USD 3 juta.
Walaupun Syarikat mereka KnCMiner tidak mempunyai Bitcoins dan tidak juga menperdagangkan Bitcoin. Namum mereka berjaya menghasilkan sebuah komputer "istimewa" yang membolehkan orang lain "melombong" Bitcoin di alam maya.
KnCMiner telah berjaya menjual 5,000 unit komputer Bitcoin. Harga sebuah komputer ini adalah USD 7,000 seunit, mereka juga menerima Bitcoin sebagai bayaran.
Hasil jualan komputer istimewa ini cukup pantas. Dalam masa 5 minit KnCMiner berjaya menjana USD 600,000.
Menurut Adrea Kennemer dengan menggunakan model komputer terpantas (Jupiter) dapat menjana 0.6 coins sehari bagi satu unit komputer.