Betul ke ada sifat keibuan dalam diri lelaki ni? Bolehkah seorang lelaki menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya.
Iyalah kan, kita semua tahu, sifat lelaki ni, kasar, keras dan ganas (ganas ke bang?)
Macam mana seorang lelaki itu nak jadi seorang ibu pula. Wujudkah sifat lemah lembut di dalam kasarnya seorang lelaki.
Takkanlah kita perlu jadi auwww auwww atau pon pon dan lelaki lembut barulah kita ada sifat keibuan ni.
Sifat keibuan ini sinonim dengan Wanita, sebab mereka sudah semulajadi diciptakan dengan sifat penuh lemah lembut, penyabar dan memang sesuai untuk menjaga anak-anak ini.
Namum jangan kita silap, jauh disudut jiwa lelaki ini, adanya juga sifat keibuan. Lelaki juga mampu jadi 'lembut' untuk menjaga anak-anaknya, malah mungkin akan terlebih-lebih pula manjakan anaknya nanti.
Lelaki pun ada yang lemah lembut pada sikapnya bukan pada fizikalnya. Hati siapa yang tak lentur bila tengok si anak yang comey dan cute tu kan.
Dalam soal menjaga anak kini, bukan sahaja menjadi tanggungjawab wanita, lelaki juga perlu memainkan peranan bagi aku. Sebab sudah ramai wanita yang bekerjaya hari ini. Masa di rumah hanya ada beberapa jam sahaja untuk dihabiskan bersama anak.
Bagi aku sendiri dalam pengalaman beberapa bulan ini, kalau setakat tukar lampin, dodoikan anak bila dia bangun menagis diwaktu malam, sudah menjadi kebiasaan. Buatkan susu untuk anak aku pun sudah ku hafal formulanya..hahaha
Aku pun tak sangka sebenarnya aku boleh jadi macam ni, sebab sejak dari dulu aku memang kasar orangnya. Namum Alisya Nadhirah yang merubah segalanya. Kini aku juga ada sifat keibuan dalam diri lelaki ini...hahaha
Alasan penat, mengantuk, leceh atau sebagainya bagi aku bukan alasan. Namum satu sahaja yang merisaukan aku nanti, takut aku terlalu manjakan anak aku nanti, dalam mendidik anak ni, manja pun perlu tapi tegas juga penting.