Bahasa jiwa bangsa, betul, setiap manusia ada bahasa tersendiri dan unik. Ada pula loghat menghiasi bahasa. Setiap negeri dan daerah serta kampung loghat mereka berlaianan, walaupun adakalanya kendengaran bunyinya seakan sama.
Dalam bahasa ada bunga-bunga, adat orang dulu-dulu, mereka pandai bermain bahasa. Walau kiasnya berbisa, namum bunyinya indah didengar. Berlapik halus, tapi makan dalam.
Tapi kini masihkah kita pandai bemain bahasa, teguran keras dalam lontaran lembut. Apakah ada orang yang akan memahami apabila kita berkias, mengolah kata. Risau kita cakap lain, orang faham lain. Itu semua bergantung kefahaman diri masing-masing.
Mungkin dengan sekali imbas membaca kita takkan faham. Membaca susunan ayat yang berlapis-lapis ini perlukan kita membaca sambil berfikir. Dan selalunya kita akan tafsir mengikut apa yang kita faham, dan mungkin tafsiran kita buat itu berlainan daripada maksud asal.

Ada perkara yang perlu kita berterus terang, ada masanya kita perlu berkias. Biarkan mereka yang faham sahaja mengerti. Bagi aku seni bahasa itu sungguh indah sebab itu aku suka, sekali sekala menulis begitu. Bukan niat untuk buat orang pening. Tetapi untuk buat pembaca berfikir.