-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Sakit Hati

Semasa aku buat entri ni, aku tak ada rasa sakit hati dengan sesiapa. Tapi ini aku nak cerita pasal hati yang sakit. Kenapa aku buat tajuk sakit hati? kalau telinga sakit kita sebut apa, sakit telinga kan? Kalau mata sakit, kita sebut sakit mata..tapi kalau "sakit hati" lain pula maksudnya..hu3

Sakit Hati

Aku teringat pasal hati ini semasa aku mendengar rancangan Halaqah di tv9. Penceramah dia seorang ustaz dari Mesir, tapi fasih bercakap Melayu (cara dia cakap macam citer ahmad albab daa..). Aku tertarik dengan penjelasan dia pasal hati ada 3 jenis yang utama, iaitu:

Hati yang pertama itu diibaratkan seperti cawan yang sedang menegak keatas, ada ruang terbuka untuk diisi. Memang mudah diisi degan air.

Hati yang kedua pula, seperti cawan yang ditelangkupkan. Memang susah nak isi dan kena usaha bagi dia duduk menegak kembali.

Dan hati yang ke tiga pula umpama cawan yang berlubang, boleh diisi tapi air akan keluar semula, dan takkan penuh. Ibarat mencurah air ke daun keladi.

Manakala menurut Ibnul Qayyim perihal hati ini ada 3 jenis iaitu:

1. Al-Qalbu Al-Salim (Hati yang sihat)
2. Al-Qalbu AL-Qasi (Hati yang mati/keras)
3. Al-Qalbu Al-MAridh (Hati yang sakit)

Apakah ciri-ciri hati yang sakit ini:


1. Hati yang sangat jauh dari ALLAH S.W.T. langsung tidak ada rasa rindu kepada sang penciptanya.

2. Hati yang langsung tidak rasa gentar atau menyesal selepas berbuat dosa.

3. Hati yang lebih cintakan dunia daripa akhirat.

4. Hati yang cintakan kemaksiatan, dan berasa seronok dengan maksiat yang dilakukan.

5. Hati yang sukar menerima kebenaran, malah lebih selesa untuk terpengaruh kearah kejahatan, dan perkara syubhat.

Sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri penyakit hati ini, semoga hati kita dijauhkan dari ciri-ciri ini. Jika ada sikit simptom sakit hati ini, cepat-cepat kita rawat hati kita, agar hati kita jadi seperti gelas yang sedia terbuka untuk diisi dengan segala kebaikan dan kebenaran.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail