-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Ranking Alexa Bulan Oktober

Ranking Alexa Bulan Oktober

Kenal tak logo dekat atas tu? Bagi blogger mungkin tidak asing lagi dan tak perlu aku perkenalkan panjang lebar. Setiap bulan aku sering juga periksa ranking terkini blogger lelaki dot com ini di laman Alexa.com.

Dan untuk ranking bulan oktober ini setakat 17/10/2013. Global rank bloggerlelaki.com berada di 177,874, manakala Rank in Malaysia pula berada di 475. 

Sudah melepasi ranking bawah 500. Syukur, dan ini bermakna semakin banyak kerja yang aku perlu buat selepas ini.


Ranking Alexa Bulan Oktober

Bukan sebab aku obses dengan nombor ke apa...cuma seminggu sekali tu teringin juga nak tengok sejauh mana perkembangan blog ini.

Umur blog aku ni sebenarnya dah nak masuk 3 bulan cukup-cukup, masih muda dan mentah lagi, banyak benda aku kena belajar lagi dalam dunia blogging ni. 

Sebenarnya hampir 4 hari, aku bercuti dalam dunia blogging ini, semperna Hari Raya Haji. Mungkin ada yang terbaca entri aku selama 4 hari ini, itu semua entri autopost. Aku dah siapkan awal-awal entri tu. 

Aku ingatkan ranking aku akan jatuh sebab banyak hari aku tak dapat uruskan blog aku ni.

Aku minta maaf kalau aku tak sempat nak balas komen dan berkunjung ke blog korang selama 4 hari lepas. Tapi jangan risau, aku akan mula aktif kembali dan menerjah kembali blog-blog korang yang hebat tu.

Terima kasih buat semua yang sudi berkunjung dan sentiasa memberi komen..korang memang sempoi.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail