Tahukah anda siapa penjaga kunci pintu Kaabah. Mereka ialah daripada keturunan kabilah Al-Syaibi atau Al-Syaibah. Keturunan ini sudah menjadi penjaga kunci pintu Kaabah semenjak dari zaman jahiliyah sehingga kini.
Amanah menjaga kunci ini diturunkan dari generasi kepada generasi. Tanggungjawab ini akan diturunkan kepada orang tertua di dalam keluarga dan bukannya warisa dari ayah kepada anak
Selain itu keluarga ini juga diamanahkan untuk menjaga kiswah Kaabah.
Siapa yang melantik kabilah ini?
Perlantikkan ini bukan dari Kerajaan Arab Saudi, kerana kabilah ini sudah menjadi penjaga Kaabah sebelum Rasulullah SAW dilahirkan lagi.
Malah semasa pembukaan Kota Makkah oleh Rasulullah SAW pada tahun 8 Hijrah. Rasulullah SAW sendiri yang mengembalikan kunci pintu Kaabah kepada Kabilah Al-Syaibi ini.
Walaupun pada ketika itu Kabilah Al-Syaibi belum memeluk Islam. Namum selepas itu terbuka pintu hati ketua kabilah Al-Syaibi untuk memeluk Islam.
Keputusan Rasulullah ini adalah mengikut ayat Al-Quran yang turunkan, mafhumnya:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.” (QS. An-Nisa’ : 58).
Seluruh kabilah lain juga sangat menghormati keluarga Al-Syaibi.
Pasa ketika dahulu, pintu Kaabah akan dibuka untuk orang awam masuk dan berdoa di dalam Kaabah, pada hari-hari tertentu.
Namum hari ini pintu Kaabah hanya dibuka 2 kali setahun, itupun untuk tujuan membersihkan Kaabah dan untuk menukar Kiswah Kaabah.