Pengucapan awam merupakan salah satu cara yang paling efektif dalam menyampaikan maklumat serta dalam memberikan kesedaran kepada orang ramai.
Kita boleh lihat daripada sejarah revolusi beberapa negara yang ditunjangi oleh pemidato-pemidato yang hebat. Mereka mampu membuat orang ramai terpegun dengan kata-akat ucapan mereka.
Antara tokoh pemidato terhebat dalam sejarah adalah Adolf Hitler, Benito Mussolini, Abraham Lincoln dan ramai lagi tokoh lain yang mampu berucap dengan hebat. Tumpuan audiens kepada mereka ini sungguh mengagumkan.
Satu elemen penting dalam pengucapan awam adalah tumpuan audiens. Kita tidak mahu buat audiens cepat rasa bosan dan mula hilang fokus terhadap ucapan kita.
Jadi disinilah pentingnya kita cuba memikat fokus audiens kita. Supaya mereka akan dengar setiap maklumat yang akan kita sampaikan hingga ke penghujung ucapan.
Jika kita tidak mampu mengekalkan fokus audiens, maka boleh dianggap pengucapan awam kita telah gagal, kerana maklumat itu sepatutnya sampai kepada audiens, jika audiens hilang fokus, maka maklumat itu tidak sampai kepada mereka.
'Ice-Breaking' Sebelum Ucapan
Salah satu teknik yang perlu kita praktikkan di dalam setiap pengucapan awam kita. Tujuan 'ice-breaking' ini adalah untuk bangunkan audiens kita agar bersedia untuk sesi ucapan kita nanti, disamping itu juga sebagai sesi pengenalan.
Namum jangan pula terlalu lama sesi ini , bila kita sudah rasa selesa dan audiens dah rasa bersedia, kita boleh mulakan sesi ucapan kita.
Fakta-fakta Yang Menarik
Untuk kita mengekalkan tumpuan audiens kita, kita juga perlu pandai selitkan fakta-fakta yang menarik serta unik. Kita kena kekalkan momentum tumpuan audiens kita, jangan biar ia terus menjunam, sehingga ada audiens yang tertidur.
Statistik Yang Memeranjatkan
Statistik yang menarik serta memeranjatkan sebenarnya mampu menarik perhatian audiens, jadi kajian yang tepat serta teliti amat perlu untuk jadikan statistik ini sebagai salah bahan dalam ucapan kita. Audiens akan tertumpu kepada statistik yang kita beri.
Kenyataan Lucu Atau Berjenaka
Ini adalah salah elemen yang penting, sebab ramai orang yang suka kepada lawak-lawak, tapi awas jangan buat lawak bodoh atau lucah.
Kita boleh tengok macam mana ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus, hinggakan menjadi viral di dalam youtube. Sebab beliau pandai selitkan unsur-unsur lawak di dalam ceramahnya, membuatkan audiens jadi tertarik dan berminat.
Bercerita Kisah-Kisah Yang Menarik
Orang ramai juga suka mendengar cerita, jadi cuba cari cerita-cerita yang menarik taka kira ia cerita benar, rekaan atau dongeng. Penceritaan yang baik akan menarik perhatian audiens.
Kalau boleh carilah cerita yang jarang didengar, mungkin ada sedikit unsur dramatik untuk sedapkan lagi cerita itu.
Bacakan Petikan Al-Quran Dan Hadis
Jika ada berkaitan dengan topik ucapan kita, cuba selitkan juga petikan-petikan daripada Al-Quran dan hadis. Mungkin ia akan menjadi nilai tmabah kepada maklumat yang kita sampaikan.
Ajukan Soalan kepada Audiens
Dalam ucapan kita, perlu juga adanya hubungan dua hala diantara penceramag dan audiens.
Cuba fikirkan soalan yang berkaitan dengan topik kita dan sesekali kita lontarkan soalan-soalan yang membuat audiens kita berfikir sejenak.
Atau kita juga boleh bertanyakan kepada audien secara terus, walaupun tiada yang cuba untuk menjawab, kita pergi kepada audiens, dan pilih secara rawak, dan ajukan soalan kita.
Ayat-Ayat Indah Bermadah
Bagi mereka yang hebat bermain dengan pengolahan bahasa, mungkin mahu sastera sedikit. Ayat-ayat yang indah ini juga mampu menarik perhatian audiens.
Mungkin dalam bentuk pantun atau sajak, serta susunan kata lantunan bahasa yang agak menarik. Yang sedap didengar oleh audiens. Gunakan bahas yang indah ini, biar audiens terpukau.
Dan akhir kata daripada saya, dalam kita membuat pengucapan awam ini. Jagalah bahasa dan tutur kata kita biar sopan, jaga perasaan audiens, dan yang paling penting isi serta maklumat yang kita sampaikan itu adalah tepat dan berdasarkan fakta bukannya auta.
Artikel khas ini adalah untuk kontest Contest – Tulis pasal Pengucapan Awam