Aku pasti ramai yang berasa kebiruan di hari isnin. Bila kena masuk kerja balik selepas cuti dihujung minggu. Terasa liat dan muat nak pergi pejabat.
Monday Blues, bagi aku bukan setiap hari isnin aku akan rasa kebiruan itu. Jika setakat cuti sabtu dan ahad macam biasa dihujung minggu, rasa kebiruan itu tak adalah teruk sangat. Cuma lelaki ini ada rasa liat sikit je nak pergi kerja.
Namum gelombang kebiruan awan nano akan menerjah apabila tibanya hari isnin selepas aku bercuti panjang. Dan tiba-tiba (macam suspend)...nak kena masuk kerja hari isnin.
Memang berat kaki nak melangkah, macam ada 2 kilo batu terikat dikakiku.
Nak tengok mesin punch card pun dah tak berselera. Nak tengok muka bos memang tak la. Jam 10 tu belum tentu lagi kerja-kerja dekat atas meja ni nak bergerak.
Namum selepas itu aku keluar perkena roti canai, kopi tarik, selalu mood kerja akan kembali pulih selepas pukul 2 ptg..hahaha..antara pukul 10 pagi hingga pukul 1, kerja aku adalah pergi tengok orang lain buat kerja. Ronda-ronda la tu.
Black Monday
Isnin yang kehitaman, ini dah lari tajuk daripada monday blues tadi. Selalunya Black Monday ini adalah istilah yang diberikan kepada sesuatu peristiwa tragedi yang berlaku pada hari isnin.
Dalam bulan oktober ini ada beberapa peristiwa yang di gelarkan Black Monday di dalam lipatan sejarah, tragedi yang berlaku pada hari isnin.
Black Monday - 8 Oktober 1990, tragedi Pembunuhan di Masjid Al Aqsa.
Black Monday - 19 Oktober 1987, indeks harga saham gabungan di bursa Amerika Syarikat (AS) jatuh hingga melepasi angka 30%.
Akan tetapi dekat pejabat aku, ada istilah lain untuk "Black Monday" ini, iaitu untuk orang yang selalu cuti setiap kali hari isnin...hehehe..bukan sekali dua tapi banyak kali...hari isnin je mesti je dia cuti, itulah si "black monday" dekat pejabat aku