Sesi mari mengenal duit. Apa itu ringgit? Ringgit Malaysia (RM), dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 12 Jun 1967. Ia bagi mengantikan ringgit Malaya dan Borneo British.
Pada tahun 1975, barulah perkataan ringgit dan sen digunakan secara rasmi. Sebelum itu ia disebut dengan dollar dan cent. Kalu nak ikut loghat negeri, memang banyak nama panggilan dia.
Itu cerita sejarah, tapi ini pula kita nak cerita pasal mitos berkaitan wang. Apa yang terkandung di dalam pemikiran kita, apabila memikirkan soal wang.
Hidup Tenang Jika Ada Wang Yang Banyak.
Ramai yang menganggap bahawa hidup akan lebih bahagia dan tenang jika kita ada wang yang banyak, berguni-guni, botingkek-tingkek. Namum adakah kita manusia ini pernah berasa bersyukur dengan apa yang ada, yang dah kaya terus mencari kekayaan. Bagi pendapat aku, suah nak tenang kalau kita terlalu asyik dengan wang ni. Wang yang banyak tu boleh memakan diri.
Orang Yang Berjaya Memiliki Wang Yang Banyak.
Salah satu perspektif pemikiran orang kita, apabila dengan menganggap kejayaan itu dinilai dengan wang ringgit. Kita fikir semua orang yang berjaya dendan segala usaha mereka semata-mata unutk mengejar wang ringgit. Adakah untuk digelarkan orang yang berjaya kita perlu ada wang yang banyak.
Lambat Kahwin Sebab Wang Tak Cukup
Walaupun ini macam dah lari dari tajuk, tapi masih ada perkataan wang disitu. Ramai orang yang lambat kahwin beri alasan wang tak cukup. Padahal sudah dijanjikan rezeki bagi mereka yang berkahwin oleh ALLAH S.W.T.. Kenapa kita beri alasan tak cukup wang? Dan perkara kahwin juga, orang kita selalu buat perkara yang hebat-hebat dalam majlis perkahwinan. Banyak wang terpaksa dihabiskan untuk perkara yang tidak perlu.
Wang Boleh Beli Kasih Sayang
Bagi kita wang adalah segala-galanya, kita fikir dengan wang kita boleh beli kasih sayang. Nehi babuji, kasih sayang bukan material untuk dijual. Bukan dengan wang unutk kita tunjukkan kasih sayang. Kalau kita tak ada wang, tak adalah kasih sayang. Sadis betul. Ibubapa kita dikampung bukannya terlalu mengharapkan kita bank in duit setiap bulan untuk mereka, tetapi mereka lebih harap dapat bertemu mata dengan kita. Soal wang itu tidak sama sekali penting buat mereka.
Kita Banyak Wang Orang Kena Hormat Kita
Mentang-mentang lah kita pakai kereta mahal, pakai kereta mini cooper lagi tu. Ada wang banyak, sampai penuh saku. Jadi kita kena berlagak, dan semua orang kena hormat kepada kita. Jumpa dengan orang miskin kita hina-hinakan dia, sebaba apa, sebab kita ada banyak wang. Kau tak tahu itu wang siapa yang punya...ahmad albab yang punya daaa...segala harta kekayaan kita itu hanya sementara, jaid jangan takbur dengan semua wang kita itu.
Tak salah untuk kita cari wang yang banyak. Tapi kita kena ingat, wang itu bukan segala-galanya, memang kita nak hidup perlu ada wang, tapi jangan kita hidup jadi hamba wang. Rezeki yang kita dapat, sebahagiannya adalah milik orang lain. Jadi pandai-pandailah agihkan hasil rezeki tuhan itu.