Kita semua suka akan benda yang pertama. Seperti komen pertama di laman Youtube. Padahal semasa perkara itu dilakukan tiada siapa pun nak ambil peduli.
Namum apabila sudah bertahun-tahun, masa pun berlalu, orang mula menilai perkara pertama itu sebagai sesuatu yang unik dan bernilai, membuatkan semua orang ingin tahu, siapakah, apakah, bilakah, bagaimanakah?
Tetapi apakah ia sangat istimewa, atau sungguh bernilai setiap perkara yang pertama itu. Bagi aku ia lebih kepada nostalgia, sentimental value dalam lipatan sejarah masa lalu.
Berapakah nilainya perkara atau peristiwa pertama itu bergantung kepada penilaian setiap individu. Tak ada sesiapa nak marah pun. Sendiri punya hal kan. Ini dia gambar komen pertama di Youtube.
Interesting! Menarik bukan, cuma satu patah perkataan sahaja. Wow, Untuk video yang pertama di Youtube. Komen pertama itu telah ditulis oleh Cobaltgruv, salah seorang kawan kepada Jawed, co-founder Youtube.