-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Khurafatkah Aku

Khurafat adalah kepercayaan karut yang menyalahi ajaran agama yang diada-adakan dalam bentuk perbuatan. Ada yang percayakan adanya penunggu, kuasa sakti, kuasa ghaib, roh dan semangat.

Padahal semua itu datangnya daripada permaian syaitan semata-mata dengan tujuan untuk menyesatkan kita, anak cucu nabi Adam a.s.. Apabila kita menpercayai adanya kuasa yang lebih hebat daripada kekuasaan Allah SWT, maka bersoraklah syaitan-syaitan semuanya.

Khurafat

Ini ada kisah khurafat yang pernah keluarga aku alami. Niat pada mulanya, Pak Su aku mahu ubatkan Mak Cik aku yang sakit, lumpuhnya sudah makan tahun. Mak Cik aku ni sebenarnya kakak tiri ayah aku.

Nak dijadikan cerita, pergilah Pak Su aku serta adik beradiknya serta ayah aku sekali berjumpa dengan bomoh perempuan ni, yang dikhabarkan memang hebat. Dia mendapat ilmunya daripada mimpi. Selepas bersetuju, ditetapkan tarikh untuk datang kerumah Mak Cik aku untuk berubat.

Upacara bomoh itu dimulakan pada malam hari, malam jumaat, semua ahli keluarga aku datang berhimpun. Ada buat makan-makan sikit la.

Sesampai sahaja bomoh tu, dia masuk sahaja ke muka pintu, dia terus menbaling beras kunyit kearah Mak Cik aku, semua orang terkejut, nenek aku yang sedang duduk sebelah Mak Cik aku pun bergegas lari kebelakang.

"Ini bukan orang dah ni, ini benda lain dah duk menumpang badan dia." kata bomoh tu, selepas itu dia terkumat-kamit membaca jampi. Entah apa-apa dah dia baca, aku sepatah haram tak faham.

Aku pun dah lupa barang-barang yang dia gunakan untuk berubat tu, tapi yang aku pasti ada beras kunyit, limau nipis, kemenyan, garam, paku serta keris yang dibalut dengan kain kuning. Ada lagi barangnya tapi aku dah lupa.

Lama juga kami semua duk menunggu dia berubat, selepas dijampinya, dibuatnya air tawar, disuruh Mak Cik aku minum dan selebihnya dibuat mandi.

Bahagian yang last sekali, aku memang tak boleh ingat, selepas dia kata dia sudah buang jin yang tinggal dalam badan Mak Cik aku. 

Bomoh itu suruh ahli keluarga kami semua ikut dia. Bomoh itu terus berjalan, turun dari rumah, tapi cara dia berjalan tu macma dia dah biasa dengan kawasan rumah itu.

Dia pun macam tahu-tahu ada sungai di belakang rumah Mak Cik aku, padahal jarak rumah dengan sungai lebih kurang 200 meter, dan ada semak lagi. Kalau malam orang tak biasa dengan kawasan itu, memang tak tahu ada sungai.

Sesampai sahaja ditebing sungai, dia suruh gali lubang. Aku ingat dia nak tanam apa-apa. Berbekalkan lamput suluh, kami bergilir-gilir mengali, ayah aku memang tak la, dia tak percayakan bomoh-bomoh ni. 

Aku pun mula-mula teragak-agak nak mengali ni, dah la tengah malam-malam buta ni, jam masa tu dah pukul 12 lebih. Tapi melihat Pak Su aku dengan Pak Long aku berpenat lelah, aku dengan adik aku pun turut sama-sama menggali.

Dalam juga lubang yang kami gali tu, dalam 1 meter dalam ada kot. Sampai ada batu-batu yang banyak, dia suruh berhenti, dia cakap, setiap orang ambil sedikit batu itu.

"Batu ini akan bertukar menjadi emas bila sampai waktnya, tetapi dengan syarat, dalam ramai-ramai yang ada ni, tak boleh ada yang tamak dan yang meraguinya. Nanti balutkan batu ini dengan kain kuning." kata bomoh tu. 

Pak Su aku pun ambil batu satu persatu dan dibahagikan kepada setiap adik beradiknya. Sampai giliran ayah aku, ayah aku menolak.

Aku pun tak pasti sekarang ni, batu-batu itu dah bertukar jadi emas ke tidak. Tapi setahu aku, ada orang pegawai daripada jabatan agama negeri yang pergi usha tempat kami gali tu. 

Sebenarnya itu adalah pengalaman pertama kali aku ikut dan tegok orang berubat atau berbomoh.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail