
Bukan sahaja kebakaran, kemalangan, ular masuk rumah, kucing tersangkut atas pokok pun bomba bersedia mengerah tenaga untuk berkhidmat.
Aku ada terjumpa video nostalgia, jasa dua orang bomba penyelamat Kuala Lumpur. Dimana mereka telah ditugaskan untuk menyelamatkan seorang pesakit di Hospital Kuala Lumpur. Apabila seorang lelaki, orang asli yang tidak tahu menggunakan lift, telah bertindak memanjat ke beranda.
Bagi mengelakkan daripada orang asli itu jatuh, dua orang bomba telah bertindak untuk selamatkan orang asli itu. Namum sempat pula mereka bertiga berdrama dekat atas itu.
Aku 'tabik spring' dekat anggota bomba itu, yang berani, sabar dalam menjalankan tugas mereka. Siap buat skill seorang hero selepas berjaya menyelamatkan orang asli itu. Jom layan video nostagial ini.
16 Mei 1993 Di HKL, Operasi menyelamatkan orang asli yang tidak tahu turun mengunakan lift.