Kebakaran di Flat PKNS Pantai Dalam-Kerinchi. Kebakaran berlaku pada 31/10/2013 , jam 5 petang. Layan gambar dan video dulu.
Update : Menurut Timbalan Penguasa Bomba, Azahar Yaacob yang kini berada di lokasi kejadian, kebakaran tersebut melibatkan enam buah rumah di tingkat 17 flat berkenaan.
Setakat ini, punca kebakaran masih belum diketahui dan tiada kecedaraan dilaporkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lembah Pantai Hamid Daud turut memberitahu bahawa setakat ini, kesemua mangsa yang terlibat dalam kejadian ini telah berjaya dikeluarkan.
Sumber Astro Awani
Rumah Flat ini antara kawasan yang paling lama dikawasan ini, semua kawasan sekitar sudah dibangunkan dengan projek-projek mewah.