Pasal iklan ini aku pernah sentuh dulu. Aku cerita pasal satu bandar Sao Paulo di Brazil dimana seluruh bandarayanya dilarang meletakkan sebarang papan iklan. Dan ramai memberikan komen, bahawa dunia ini agak sepi jika tanpa iklan. Bukan aku tak suka iklan, tetapi ramai yang mengeluh apabila menonton tv, asyik-asyik duk tayang iklan je.
Fungsi iklan itu sendiri juga adalah untuk menyampaikan maklumat, memberi penerangan, hebahan umum dan juga untuk promosi produk. Jadi isi iklan itu juga harus baik-baik belaka, dan ada maklumat yang tepat pasal produk. Sudah tentu, apabila kita melabur untuk iklan, kita mahu iklan kita mendapat perhatian orang ramai. Agar ada yang tertarik dengan produk yang diiklankan.
Setiap perkara ada pro dan kontra. Iklan juga begitu. Kita boleh lihat hari ini, terlalu banyak sangat iklan, dimerata tempat, di papan iklan ditepi jalan, bus stand, bangunan, televisyen jangan lupa iklan blog juga dan banyak lagi tempat.
Ada iklan yang membuat tarikan iklan mereka dengan menggunakan model wanita yang agak seksi. Ramai yang menbincangkan hal ini sebagai mengeksploitasi wanita didalam iklan, padahal produk yang dijual tiada kaitan langsung dengan wanita.
Ada juga yang cuba beriklan dengan cuba menyerang atau menperlekehkan persaingnya. Sepeti yang pernah dibuat oleh Coca Cola untuk menyindir Pepsi. Dan yang lebih terkini, macam Samsung menyindir Apple.
Kita faham ada iklan yang cuba mencari kelainan, pembuat iklan mahu beriklan dengan cara lebih kreatif. namum dalam pada masa yang sama, ada juga iklan yang terlampau kreatif sehingga menyinggung hati pengguna. Niat asal mungkin untuk berlawak dalam iklan, namum mungkin selepas itu akan kehilangan pelanggannya. Kreatif biar bertempat.
Bagi aku, iklan itu perlu, jika iklan itu untuk kearah kebaikan, iklan yang mengarah kepada keagamaan pun ada kan, seperti banner program ceramah. Iklan yang menerangkan kebaikan pasal produknya, juga bagus. Selain itu iklan yang bukan berkaitan dengan perkara perkara yang haram.
Ciri-Ciri Iklan Yang Bagus:
1. Ada sasaran yang jelas. Biar iklan itu sampai kepada sasaran target kita.
2. Fokus kepada apa yang mahu diiklankan, biar orang faham apa yang ingin kita sampaikan.
3. Ada daya penarik, tapi bukan pelaris wanita seksi yer..mungkin dengan kata-kata yang menarik dan gempak, tapi please la jangan SCAM..hu3
4. Paparkan iklan yang kemas dan menarik. Agar ada yang aykin dengan apa yang kita iklankan.
5. Pilih slogan yang sesuai dengan iklan, biara orang rasa tertarik untuk tahu lebih lanjut lagi.
Iklan tak salah tapi yang salah adalah orang yang buat iklan tersebut. dan aku pun tak suka kalau iklan di tv terlampau banyak, boring beb..ptotng stim betul la time kita tengah layan cerita best.