Isu graduan terlalu memilih kerja ni dah lapuk dah. Zaman aku lepas belajar dulu pun dah ada isu ini. Sekarang ini lagi la, persaingan semakin sengit. Peluang pekerjaan itu dah semakin sempit.
Namum aku kurang setuju jika ada graduan yang terlalu memilih kerja, sebab mereka seperti menidakkan rezeki yang telah ditetapkan. Mungkin tawaran gaji yang diberikan, agak rendah jika dilihat dari kelulusan mereka, "buat apa belajar susah-susah tapi dapat gaji rendah, baik tak payah masuk Universiti".
Mungkin mereka dilalaikan dengan ego mereka, tengoklah mereka belajar tahap mana tu, degree, master atau phd. Lepas tu tengok kawan-kawan semua dapat kerja best-best kan, takkan aku nak kerja jadi orang bawahan macam ni. Malu la beb.
Bagi aku, ada juga graduan yang sebenarnya tak kisah, jika dapat pekerjaan jawatan rendah dan gaji rendah, yang tidak sepadan dengan kelulusan mereka. Tapi orang lain pula yang duk kisah, ahli keluarga mereka, jiran-jiran dan kawan-kawan serta makcik-makcik sebelah rumah. Orang disekeliling mereka yang memberikan tekanan kepada mereka, untuk jadi terlalu memilih kerja.
Sebabnya aku sendiri pernah lalui, bila aku dah habis belajar, aku belum dapat pekerjaan yang bagus dan mengikut kelulusan aku.
Ramai yang duk bawa cerita sana-sini, sampai aku malas dah nak pergi lepak kedai kopi dekat kampung aku. Ada saja yang duk perli. Si mulut tempayan yang tak boleh ditutup.
Selepas aku habis belajar, sambil-sambil tunggu transkrip aku keluar, aku hanya berkerja sebagai buruh kasar, duk bancuh simen kerja tengah panas.
Tapi aku peduli apa, bukan aku pergi mencuri, dia ingat duit tu datang bergolek. Aku tak kisah sebab aku pernah hidup susah. Dari zaman aku sekolah lagi aku dah biasa buat kerja-kerja buruh kasar ni. Bila musim cuti sekolah je, aku akan buat kerja-kerja buruh ni.
Kadang-kadang masyarakat kita ada juga golongan yang susah sangat nak faham. Mereka seperti menidakkan urusan rezeki yang diberikan tuhan. Apa salahnya jika lepasan graduan itu bekerja tak mengikut kelulusan dia. Sekurang-kurangnya dia berusaha.
Dan aku percaya kepada takdir dan rezeki, dan kini aku sudah dapat kerjaya yang lebih baik dari dahulu. Mulut-mulut yang duk perli aku di kampung dulu pun dah senyap. Aku bukan pendendam, tapi aku terkilan sebab mereka seperti menperlekehkan ketentuan tuhan. Mereka suka banding orang tu dengan orang ni. Macam kita ni tidak berusaha.
Bagi aku ada orang memang ada orang yang dah terpilih dengan kelayakan mereka untuk mendapat pekerjaan yang baik. Itu rezeki mereka. Dan bagi kita yang tidak terpilih ini, kita terpaksa memilih. Kita kena memilih antara korbankan ego kita atau tambahkan lagi statistik pengangguran.
Jangan terlalu memilih. Percaya kepada rezeki kita.