-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Edisi Jumaat : Ubat Hati Yang Sakit

Mengubati hati yang sakit, bukan seperti mengubati penyakit lain, jika sakit jantung kita boleh bedah, ada doktornya yang pakar. Tapi dalam mengubati hati, doktornya adalah diri kita sendiri, disamping adanya rujukan ulama.

Kita kena berusaha sendiri untuk mengubati hati kita yang sakit. Apabila kita sudah menyedari hati kita berpenyakit, maka kita perlu cepat-cepat merawatnya. Jangan biarkan ia berlarutan berpanjangan.

Bak kata Cikgu Hairul, virus penyakit hati ini juga boleh berjangkit pula kepada masyarakat sekeliling.

Ubat Hati Yang Sakit


Jangan biarkan hati kita mereput jadi seperti batang buruk, dan akhirnya kita juga yang parah dihumban ke lembah jahanam. Mulakan dengan muhasabah diri, scan apakah kita sudah dijangkit dengan virus penyakit hati.

Kita mulakan merawat hati kita dengan tekad untuk memliki hati yang sihat. Hati yang cergas. Jadi hati-hatilah kita dengan hati kita, jaga elok-elok. Jangan makan hati sudah la yer.

Ubat Hati Yang Sakit


Ubat hati ini ada 5 perkara, tak ada had atau dos yang ditetapkan, nak  makan berapa kali sehari ikut suka hati kita :-

1. Baca Al-Quran dan fahami maknanya sekali (lagi bagus jika dibetulkan tajwidnya juga)

2. Dirikanlah solat malam (Qiyamullail)

3. Berkumpul dengan orang yang soleh (pergi ke majlis ilmu)

4. Banyakkan berpuasa sunat.

5. Amalkan zikir malam yang berpanjangan.

Aku ada sebut pasal hati kita ini ibarat gelas, jadi jangan biarkan ia kosong, nanti kita macam mana kita nak minum. Dahaga nanti, memang tak orang nak tolong dah beri minuman dekat kita, jangan kata air sirap, air kosong pun belum tentu dapat..hehehehe

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail