Satu Malaysia sudah kecoh, apabila dibongkarkan gambar anak anjing dalam smartphone Samsung. Ramai yang menpersoalkan kenapa diletakkan gambar anak anjing, bukannya gambar anak kucing atau gambar tokey Samsung.
Aku ada terbaca satu info menarik apabila sebenarnya ada cara untuk menukar gambar imej anak anjing itu di telefon Samsung kita. Tapi tuan yang buat artikel itu tak berikan jaminan jika berlaku kerosakan jika kita membuatnya.
![]() |
Kredit Gambar: Mobilityworlds.com |
Kepada mereka yang rasa terganggu dek kewujudan gambar anak anjing di dalam telefon mereka, rasa bersalah dan nak baling je telefon tu, bawa bertenang dulu. Cuba korang buat apa yang disarankan oleh Mobility Worlds ini.
Teknik beliau gunakan adalah dengan menukar file Lcdtest.apk di dalam root smartphone Samsung. File Lcdtest.apk ini telah diubahsuai, dengan memasukkan gambar kucing yang comel atau android logo, ikut pilihan masing-masing.
Tapi aku rasa kalau korang lebih kreatif dan ada kepandaian nak tukar gambar dalam file tu, boleh je nak tukar letak gambar apa-apa pun.
Kepada yang nak baca tutorial yang penuh sila klik link ini Cara Menukar Imej Anak Anjing Di Smartphone Samsung.
Ada tak yang mahu beli smartphone murah, tapi spec dia agak tinggi, siap dengan video HD, meh jap baca pasal Neffos C5 Live Fun.
Ada tak yang mahu beli smartphone murah, tapi spec dia agak tinggi, siap dengan video HD, meh jap baca pasal Neffos C5 Live Fun.