
Alexa.com merupakan laman web yang menberikan ranking kepada website, blog berdasarkan trafik pengunjung ke sesebuah laman web.
Aku pun masih baru lagi buat blog ini, dan aku sendiri pun tak menjangkakan secepat ini ranking Alexa aku akan turun mendadak. Aku rasa aku bukalah orang yang layak untuk memberikan cara atau petua ini.
Jadi aku hanya kongsikan apa yang sudah aku praktikkan dan yang telah aku belajar semenjak 3 bulan aku buat blog ini. Sama ada ia menjadi atau tidak, jangan salahkan aku pula.
Claim Blog Anda dengan Laman Alexa.Com
Aku rasa ini perkara paling asas kita perlu buat. Jadi perlu daftar terlebih dahulu dan claim blog kita. Selepas itu Alexa ID Meta Tag akan diberikan untuk anda masukkan kedalam blog. Dan sebolehnya isikan segala maklumat di dalam profile akaun alexa kita.Update Entri Blog Setiap Hari
Ini elemen paling penting dalam blog, kalau boleh cuba buat 1 entri baru setiap hari. Biar nampak blog kita aktif. Setakat ini aku memang akan buat entri setiap hari, dan adakalanya aku buat sampai 3 entri untuk satu hari. Bagi aku unutk blog baru buat entri setiap hari penting.Blogwalking Setiap Hari
Aktiviti blogwalking ini, memang aku lakukan setiap hari. Singgah dimana-mana blog dan tinggalkan komen yang bernas. Ini juga merupakan salah satu cara untuk promosikan blog kita yang agak efektif. Dan juga unutk menarik trafik masuk ke blog kita.Kongsikan Entri Terbaru Di Media Sosial
Cara ini juga untuk kita menarik trafik ke blog kita, dan aku jika ada kelapangan, setiap entri terbaru blog aku, akan di kongsikan di laman-laman media sosial seperti facebook, twitter dan google+.Install Alexa Toolbar Pada Browser Anda
Tip ini aku tidak pasti sejauh mana keberkesanannya. Namum ramai yang buat tip suruh install toolbar ini pada browser. Tapi aku sendiri pun tak buat tip yang ini, kalau anda ingin mencuba silakan, manalah tahu ranking anda semakin baik selepas ini.Ini cuma hanya perkongsian aku, jika ada blogger yang lain nak tambah dipesilakan untuk kita sama-sama berkongsi ilmu cara nak meningkatkan ranking alexa disini.