-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Apa Itu Kiswah Kaabah

Kiswah adalah kelambu atau selimut Kaabah. Ia dipasang untuk melindungi Kaabah daripada kotoran, debu serta panas yang boleh merosakkan dinding Kaabah. Selain itu ia juga bertujuan sebagai hiasan Kaabah.

Apa Itu Kiswah Kaabah
Kiswah Kaabah.

Kiswah Kaabah diperbuat daripada kain sutera asli berwarna hitam, Dan dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-quran dengan menggunakan 150kg emas serta perak.

Kiswah berukuran 658 meter persegi. Dan mengandungi 47 kain yng setiap satunya berukuran 14 meter panjang dan 95 cm lebar.

Kiswah terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :-
  1. Sitaar (Langsir) yang menutup pintu Kaabah
  2. Tirai yang menutup dinding Kaabah.
  3. Hizam (tali pinggan) Kaabah.


Kaabah akan dibasuh dua kali setahun, pada bulan Syaaban dan Zulhijjah. Kaabah akan dimandikan dengan air zamzam dan minyak atar.

Apa Itu Kiswah Kaabah
Kerja-kerja menukar Kisah Kaabah.

Sejarah Kiswah Kaabah

Tidak ada tarikh yang jelas, bilakah tradisi memasang kiswah Kaabha ini bermula. Ada pendapat menyatakan ia bermual sejak dari zaman Nabi Ismail.

Namum ada riwayat yang menyatakan bahaya orang pertama yang meletakkan kiswah Kaabah adalah Tubbak al-Himyariyy Asad Abi Karb, Raja Yaman pada kira-kira 220 tahun sebelum  Hijrah.

Dan ada juga pendapat yang menyatakan datuk Nabi Muhammad, Adnan Ad merupakan orang pertama yang memasang kiswah Kaabah.

Pada zaman itu, mereka tidak membuka kiswah yang lama, kiswah yang baru terus diletakkan dan kiswah akan dibiarkan mereput dengan sendiri.

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, kiswah Kaabah ditukar 2 kali setahun, iaitu sebelum Ramadhan dan pada hari wukuf di musim Haji.

Apa Itu Kiswah Kaabah
Kerja Halus Tangan Menyulam Kiswah Kaabah.

Pada tahun 1926 (1346 Hijrah), Raja Abdul Aziz telah mendirikan kilang khusus unutk membuat kisawah Kaabah. Dan Sheikh Abdul Rahman MUzhar merupakan pegurus pertama kilang itu.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail