-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

6 Akibat Apabila Makan Terlalu Kenyang

Makan adalah sumber untuk badan kita menghasilkan tenaga. Jadi memang manusia diciptakan untuk makan. Tapi kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. 

Inilah masalahnya, sampai terlebih-lebih pula kita makan. Kata nak kempiskan perut, tapi setiap kali makan macam setahun tak jumpa makanan. Bila nak kurus kalau macam ni, kerja menternak lemak saje.

6 Akibat Apabila Makan Terlalu Kenyang

Bukan marah sebab makan, tapi kalau kita nak makan, biar berpada, jangan berlebihan, kekenyangan sampai bulat perut tergolek tak boleh nak bangun, duk bersandar saje.

Sebenarnya Nabi pun ada pesan, makan ketika kita lapar dan berhenti sebelum kenyang. Malah kita juga digalakkan pula untuk melakukan ibadah puasa sunat disampng puas ayang wajib 30 hari, itu pun kalau genap harinya. Ada sebab semuanya itu, bukan saja-saja.

Cerita bab makan ni juga. Aku ada cerita lain. Aku paling tak suka apabila ada orang yang makan tak habis. Aku cerita betul ni, ada seorang kawan aku ni, selalu sangat aku perhatikan dia makan, mesti tak pernah habis kan nasi dia. 

Memang betul kita perlu berhenti sebelum kenyang, tapi takkanlah kita nak menbazir pula, menbazir itu kan amalan syaitan, lagi pun itu rezeki yang tuhan berikan buat kita, tetapi kita buang, cuba bayangkan orang yang tak dapat makan macma kita. Dah tahu kita tak boleh makan banyak, ambil sedikit sudahlah nasi tu.

6 akibat apabila makan terlalu kenyang

1.Menghilangkan rasa takut kepada Allah daripada hati manusia.

2.Menghilangkan kasih sayang kepada makhluk daripada hati orang yang kenyang kerana menganggap orang lain kenyang seperti dia.

3.Terlalu kenyang boleh menyebabkan seseorang itu berat untuk taat beribadat.

4.Sewaktu mendengar kata-kata hikmah; orang yang terlalu kenyang takkan dapat menangkap dan merasakan kehalusannya.

5.Jika orang yang kenyang itu memberikan nasihat dan hikmah, maka apa yang dikatakan itu tidak dapat meresap ke dalam hati orang yang mendengarnya.

6.Terlalu kenyang anda boleh mendapat pelbagai penyakit.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ia berkata Rasulullah saw bersabda:

“Orang muslim itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir dengan tujuh perut”.


(Malik, Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan selainnya)

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail