-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Wanita Idaman lelaki

Ini adalah tip untuk awek atau wanita semua yang ingin menjadi idaman qalbu para lelaki atau jejaka. Nak menjadi wanita idaman lelaki tak susah, semuanya bergantung kepada diri sendiri. Kita kena pupuk sifat-sifat yang positif untuk menperbaiki diri.

Bila orang bertanyakan apakah ciri-ciri wanita idaman? pertama sekali yang akan terlintas adalah CANTIK, betul tak? Tapi cantik itu berbeza maksudnya bagi setiap orang, masing-maisng ada jawapan sendiri.

Wanita Idaman lelaki

Dah malas aku nak membebel panjang, jom kita tengok apakah ciri-ciri wanita atau awek indaman lelaki Malaya.

1. Cantik - semua orang nak cari awek yang cantik saje. Tapi cantik yang bagaimana tu, bagi aku cantik perlu seimbangkan cantik luaran dengan cantik dalaman. Biar dua-dua cantik barulah cun.

2. Sifat Keibuan - Lelaki nak mencari wanita, sudah semestinya nak jadikan sebagai calon isteri. Dah macam mana kalau wanita tak ada sifat keibuan, nanti macam mana nak jaga anak nanti. Latihkan diri unutk menjadi seorang ibu ya wahai wanita semua.

3. Aklak Mulia - Akhlak ini dah termasuk didalam cantik dalaman. Sebab bila dah kahwin wanita akan jadi perhiasan kepada suami, suami akan berbangga jika memiliki wanita yang berakhlak mulia ini.

4. Pegangan Agama - Ini adalah salah satu sunnah nabi untuk para lelaki mencari isteri. Rumahtangga akan lebih bahagi jika si isteri berpegang teguh pada ajaran agama, sejuk mata memandang.

5. Menutup Aurat - wanita yang menutup aurat lebih manis dan cantik dipadang. lagipun lelaki ini sebenarnya kuat cemburu, tak sanggup tengok tubuh badan isterinya ditatap lelaki lain.

6. Pandai Mengambil Hati - wanita perlu pandia mengambil hati, supaya rumahtangga nanti lebih bahagia, cinta ini perlu menberi, barulah kita akan menerima.

7. Pandai Masak - air tangan isteri itu lebih bermakna kepada suami, takkan lah tiap-tiap hari kita nak bagi suami makan air tangan awek lain di kedai-kedai.

8. Menghormati Orang Tua -  ini juga penting sebab orang lelaki akan lebih suka jika wanita itu menghormati ibubapanya.

9. Jangan Cemburu Buta - sifat ini sebenarnya akan membuatkan lelaki jadi rimas, sebab lelaki suka buat bermaca-macam aktiviti, kadang-kadang lepak dengan kawan sampai lewat malam..hu3

Itu sahajalah dahulu tip dari aku semoga semua wanita akan menjadi idaman sang lelaki. Jangan terpedaya dengan lelaki buaya darat sudah lah cik adik oi.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail