Usaha adalah apabila kita melakukan sesuatu atau membuat tindakan untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan. Kejayaan pula adalah apabila kita mencapai matlamat yang kita mahukan.
Usaha dan kejayaan bagaikan adik beradik dan sepupunya adalah kegagalan, tanpa usaha kita takkan berjaya, jika kita nak berjaya kita kena ada usaha. Dan untuk berjaya kita kena ada tangga ditengah-tengahnya, macam slogan yang selalu orang sebut "Usaha Tangga Kejayaan".
Apabila kita berusaha, umpama kita sedang mendaki. Semakin kita berusaha naik keatas, bererti kita sudah berjaya berada lebih tinggi daripada sebelumnya.
Dan apabila kita terleka seketika, kita tertidur sekejap, mungkin kita tergelongsor turun, jatuh kebawah. Dan untuk naik keatas balik kita kena berusaha semula bermula dari bawah.
Dan apabila kita berhenti mendaki, kita masih ditampuk lama, tidak naik tidak turun, tapi kena ingat tulang kita juga makin mereput. Tenaga kita juga semakin susut mengikut waktu.
Tinggi atau tidak pendakian kita, hanya ditentuka oleh kita sendiri. Kita yang tetapkan, tinggi mana aku mahu mendaki. Mungkin ada orang mahu sampai ke tahap 100 meter dari paras laut, tapi ada ayang mahu lagi tinggi hingga ketahap 1250 meter dari paras laut. Itu semua kita sendiri yang tentukan, setinggi mana kejyaan yang mahu kita kecapi.
Apabila kita sudah berada diatas puncak, jangan kita alpha. Bila-bila masa juga kita boleh tergolek jatuh kebawah. Macam nangka busuk daa..
Orang bawah juga harus ingat, jangan ada hasad dengki. Kita tak suka tengok orang yang sudah berada diatas puncak. Kita ambil galah duk jolok dari bawah. Kesian orang tu..ko jolok tang mana tu.
Ada juga mereka yang mendaki secara berkumpulan, masing-masing saling tolong menolong tarik kawan yang bawah untuk naik keatas, dan silih berganti. Biar masing-masing sama naik ke atas. Tapi jangan pula bila sudah sampai dekat atas, pi tolak kawan yang tolong kita tadi tu jatuh kebawah pula.
Tapi ada juga yang komplen, mereka dah berusaha, tapi masih tak naik tinggi, mengapa? Dah tu sapa suruh kau pergi panjat gunung yang landai lagi rendah. Kalau nak naik lagi tinggi, pergi la cari gunung yang tinggi lagi curam tu. Barulah kau boleh naik lebih tinggi. Kena berani ambil risiko. Sapa suruh pi mendaki dekat busut belakang rumah tu.
Sebelum mendaki, kita perlu perkuatkan tenaga kita, persiapkan diri semolek-moleknya, jangan dah separuh jalan kita mendaki, rasa semput pulak, lepas tu mula la nak patah balik. Buang karen je.
Tak semua pendakian itu seronok, mungkin pada permulaannya pendakian itu landai, namum apabila semkain jauh kita pergi, semakin tinggi kita daki, semakin curam dan semakin sukar.
Harap ada yang faham apa yang aku tulis ni, sebab aku sendiri pun dah pening bila baca balik. Harus kita ingat, dalam kita berusaha untuk mencapai kejayaan, jangan kita lupa akan konsep yang telah Islam ajar kepada kita iaitu usaha, doa dan tawakkal.
Sekian, selamat berjaya buat semua. Dan pesanan terakhir, jangan panjat tinggi-tinggi kalau anda gayat..hehehe