-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Takdir Lelaki Ini

Aku sangat percayakan takdir serta ketentuan Qada dan Qadar yang tuhan tentukan untuk aku. Aku hidup untuk menggalas takdir ini. Aku kena redha dan terima hakikat apa sudah berlaku keatas diri aku. Aku letakkan iman dan prinsip aku yang teguh untuk percaya kepada takdir.

Aku bercakap dari apa yang telah aku lalui, hidup yang penuh ranjau. Sekarang alhamdulillah, dengan takdirnya aku hidup agak selesa, walaupun aku tidak hidup mewah macam orang lain, tapi aku bersyukur dengan rezeki telah tuhan tetapkan untuk aku sekeluarga.

Takdir Lelaki Ini

Menyelusir terowong masa, mengimbau kembali kehidupan aku beberapa tahun yang lepas. Cukup banyak yang sudah berbeza, dan begitu banyak takdir yang tidak aku duga yang telah mengubah hidup aku.

Aku yang dahulu bukanlah yang sekarang, dulu hidupku susah kini dah macam lirik lagu Tegar pulak dah. Betul aku dulu hidup susah, nak cari duit untuk makan terpaksa berkerja keras, itupun gaji orang bayar hari, kalau ada kerja, ada lah duit untuk aku makan. Tak mengapalah "Ini rezeki aku untuk hari ini". bisik aku memujuk hati.

Namum takdir telah menyebelahi hidup aku, apabila aku diterima bekerja di sebuah syarikat pembinaan sebagai supervisor tapak projek. Kerja siang malam, panas terik mentari sudah sebati dengan kulit aku ini, warna kulit aku pun dah bertukar seakan-akan bangla. 

Tapi aku pengalaman aku bekerja itu sebenarnya adalah pengalaman yang berharga buat aku, aku dapat berkawan dengan ramai orang, daripada juruteknik, kontraktor, drebar lori, drebar backhole, kepala tukang, buruh kasar, tukang besi, tukang kayu semuanya aku berkawan tak kiralah Melayu ke Cina ke, India masuk Islam ke, Indon jawa, madura pun ada dan bangla termasuk sekali. Banyak benda yang aku dapat belajar dengan mereka ini.

Setahun kemudiannya, sekali lagi takdir telah mengubah hidup aku. Aku berjaya mendapat pekerjaan tetap yang lebih menjamin masa depan aku. Rezeki yang datang tanpa aku duga. Syukur.

Kejutan demi kejutan takdir datang kepada aku, selepas 2 tahun mendapat pekerjaan yang lebih baik, jodoh aku pula sampai. Ditakdirkan juga aku mendapat jodoh, dengan tidak disangka-sangka, kiranya bukan di dalam perancangan aku. Aku terima takdir aku ini dengan redha..mau tak terima , sapa tak mahu kahwin beb..hahaha

Selepas hampir 3 bulan berkahwin, wife aku disahkan mengandung anak sulung kami dan ditakdirkan pula wife aku mengandung anak kembar, perempuan. Ini semua takdir dan ketentuannya. Pada masa itu kami sekeluarga memang gembira sangat sebab kedua-dua belah keluarga kami belum ada yang kembar. Rezeki tuhan untuk kami sekeluarga.

Tetapi di dalam kita sering diberikan takdir yang mengembirakan, adakalanya takdir itu perit untuk diterima. Walaupun pahit kita terpaksa kena telan, kunyah lumat. Anak kembar aku yang dilahirkan tidak cukup bulan, salah seorangnya telah meninggal dunia. Namum begitu takdir ini, qada dan qadar yang telah ditetapkan aku kena terima. Aku redha dengan semua ini, kerana aku beriman bahawa segala takdir itu datang daripada ALLAH S.W.T.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail