Syukur Alhamdulillah, selepas kita bangkit dari kegagalan, kita mengecapi sebuah kejayaan. Kita dah jadi orang hebat, kita dah jadi orang kaya. Memang benar kita telah berjaya dengan hasil usaha tulang empat kerat kita, memerah otak hingga kering. Namum begitu harus kita ingat, segala usaha kita takkan berhasil jika tiada pertolongan dari ALLAH S.W.T. Kita perlu bersyukur diatas segala kurniaan tuhan kepada kita.
"Katakanlah, Dia-lah yg menciptakan kamu, menjadikan kamu pendengaran, penglihatan, serta hati. Akan tetapi, sangat sedikit dari kamu yang bersyukur."surah al-Mulk, ayat 23.
Tapi adakah bersyukur itu cukup hanya sekadar ucapan dibibir "Syukur, Alhamdulillah". Nehi babuji, no no noo adik abam semua, cara kita bersyukur bukan sekadar ucapan dibibir semanis tebu. Kita perlu selami erti bersyukur di dalam jiwa kita, buktikan dengan perbuatan kita.
Bagaimana caranya untuk kita pamerkan rasa bersyukur kita. Diatas segala rezeki dan kenikmatan yang telah kita perolehi. Para ulama menjelaskan ada 3 cara untuk kita bersyukur, iaitu melalui hati, lisan dan perbuatan.
Cara Bersyukur Melalui Hati.
Bersyukur dengan hati adalah dengan kita mengakui segala nikmat yang kita dapat rasa hari ini adalah kurniaan daripada ALLAH S.W.T.
Hati adalah raja, dari hatilah terbitnya keihklasan seseorang. Jika kita tidak bersyukur dengan hati, kita takkan bersyukur melalui lisan dan perbuatan.
Cara Bersyukur Melalui Lisan.
Ucapan Alhamdulillah itulah ucapan sebagai tanda kita bersyukur. Namum harus kita ingat segala ucapan syukur kita juga perlu terbit dari hati kita.
Bukan sekadar ucapan untuk menipu orang lain, padahal dalam hati kita masih belum terbit rasa bersyukur. Masih belum lengkap lagi rasa syukut kita itu.
Cara Bersyukur Melalui Perbuatan.
Tidak susah sebenarnya untuk kita bersyukur melalui perbuatan kita, jika hati kita juga tau bersyukur. Cara kita bersyukur melalui perbuatan adalah dengan kita menggunakan nikmat yang berikan mengikut fungsinya. Kita gunakan nikmat itu kearah kebaikan. Jangan kita sia-sia segala nikmat yang kita dapat.
Contohnya ada orang berikan kita baju, itu dah dikira rezeki. Kita pun ucapkan terima kasih sebagai tanda bersyukur. Tapi kita ambil baju tu buat jadi kain lap kaki, kita tak pakai baju tu.
Apakah makna rasa bersyukur kita itu, hanya sekadar di bibir, tapi tidak di hati dan dengan perbuatan kita. Dan bagaimana jika tuan punya baju itu tahu, kita telah gunakan hadiah pemberian dia menjadi kain lap kaki. Sakit hati bukan? Fikirlah sendiri adik abam semua.
Contoh orang bersyukur yang patut jadikan contoh adalah Rasulullah s.a.w. Bagaimana baginda, walaupun sudah kompem masuk syurga, tapi baginda tetap bangun solat tahajjud, sebagai tanda rasa syukur kepada ALLAH S.W.T.
“Rasulullah s.a.w. menunaikan solat hingga bengkak kedua kaki Baginda. Dikatakan kepada baginda, apakah sebab kamu menyusahkan diri kamu ini, sedangkan kamu telah diampunkan dosa yang telah lepas dan yang akan datang. Berkata Baginda s.a.w., apakah tidak aku menjadi hamba yang bersyukur.”(Imam At-Tarmizi meriwayatkan, daripada Al-Mughirah bin Su’bah)