-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Sweet Ke Lelaki Merajuk?

Merajuk, apabila kita menunjukkan rasa tidak puas hati kita kepada seseorang atau sesuatu. Siapa yang tak pernah merajuk kan. Apabila kita rasa tidak puas hati dengan sesuatu, kita tarik muka, lepas tu buat muncung panjang-panjang..erk macam ni ke lelaki merajuk. Macam wanita je merajuk macam tu. Bukan wanita saja yang suka merajuk ni, lelaki pun ada rajuknya juga, untuk minta dipujuk..hehehe

Sweet Ke Lelaki Merajuk

Macam-macam tindakan atau perbuatan yang kita akan kita pamerkan apabila kita merajuk. Jadi kita kena faham seseorang itu dan lebih cakna barulah kita tahu bahawa dia tu sebenarnya sedang merajuk.

1. Selalunya jika seorang itu sedang merajuk, dia akan diam seribu bahasa. Orang yang merajuk tu akan diam je tak banyak cakap macam biasa. Kita sedang bercakap dengan dia, tapi dia boleh buat tak reti je. Paling tidak pun sekadar anggukkan kepada takpun sekadar cakap "Hmmmm" atau "Iya lah", ayat dia pendek-pendek je.

2. Ada juga yang merajuk jenis buat tak tahu bila disuruh buat sesuatu kerja. Ada juga dia buat apa yang disuruh tapi dia buat kerja macam acuh tak acuh. Ada yang lagi teruk siap hempas-hempas barang lagi..hahah...kompem dah dia tu sedang merajuk.

3. Perbuatan merajuk yang paling ketara kita boleh tengok adalah bila dia bermasam muka dengan kita, memang takkan tegur kita dah, nak tengok muka kita pun tak mau dia. Baik lelaki ataupun wanita, memang merajuk macam nie..tapi wanita special kes sebab dia ada tambah muncung sikit..hahaha..tarik muncung tu panjang-panjang cuck dekat uSB port baru tau.

4. Orang merajuk ni ada macam perangai mengada-ngada dia. Ada tu buat-buat baca surat khabar tak pun buat-buat tengok tv, dan buat kita ni macam tak wujud dekat sebelah dia. Padahal itu surat khabar semalam. dan rancangan tv yang dia tak pernah tengok pun. Berita tamil pun dia boleh layan tau.

5. Ada juga jenis merajuk zaman teknologi ni. Bila merajuk je tutup telefon, tak pun bila kita call dia dia selamber je dia reject. Abis kredit wooo...hahaha

Okey dah semua jangan duk merajuk lagi. Nanti susah orang nak pujuk lagipun sweet ke orang lelaki merajuk..hahahaha

P/s: Ini cerita tak ada kena mengena dengan sesiapa, baik lelaki atau wanita, yang hidup atau pun mati, kalau ada yang terasa tu nasib la.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail