Hari Malaysia adalah sebagai lambang perpaduan diantara kita
semua rakyat Malaysia. Dengan perpaduan inilah maka terbentuknya negara yang
bernama Malaysia ini. Jadi asas kemajuan dan kemakmuran yang telah kita nikmati
hari ini adalah hasil daripada bersatu padunya hati seluruh rakyat pada 50
tahun yang lalu.
Harapan kita untuk 50 tahun akan datang adalah semoga perpaduan
ini terus padu dan teguh. Kita bersama-sama terus hidup didalam keutuhan
perpaduan ini dengan tidak mengira agama, bangsa dan suku kaum.
Jangan sesekali kita berpecah belah, kita sudah lihat
bagaimana contoh di negara luar yang kacau bilau dan hancur akibat perpecahan sesama
rakyat mereka. Jika kita meniru gaya mereka, tidak mustahil suatu hari nanti negara
Malaysia tidak akan aman lagi seperti hari ini.

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengekalkan
keamanan dan perpaduan yang terbentuk ini. Jangan kita terpengaruh dengan
anasir-anasir jahat yang cuba memecah-belahkan sesama kita.
Kita semua mahu melihat negara kita terus maju, aman selalu
dan tiada sengketa yang boleh merosakkan negara. Kita rakyat adalah tulang
belakang keutuhan negara ini, jadi seluruh rakyat yang di dalam berstatus
warganegara Malaysia adalah bertanggungjawab untuk memajukan negara ini dengan
cara masing-masing didalam bidang masing-masing. Dan semoga kemerdekaan negara kita terus kekal sampai bila-bila. Hidup Malaysia!
Kepada blogger lain yang juga ingin turut serta di dalam
segmen ini bolehlah sertai bersama di Special Giveaway : Hari Malaysia. Tarikh tutup penyertaan sehingga 11:59, 16 September 2013.