-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Simptom Anda Mengalami Stress

Stress atau tekanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Semua manusia yang bernyawa akan mengalami stress, aku pun pernah stress, semua orang pun pernah alami stress ni.

Kadang kala kita stress ditempat kerja, stress dengan pelajaran kita, stress dengan kawan-kawan kita, stress sebab keadaan sekeliling kita, adeh banyak sangat dah stress ni.

Simptom Anda Alami Stress

Makna stress adalah gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaaan fizikal seseorang. Makna stress mengikut kajian pakar pula mendefiniskan stress sebagai "suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya." 

Mengikut kajian pakar, Dr Hans Selye, stress  ada bemacam-macam , ada dalam bentuk ancaman, cabaran atau apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya.

Ada stress dalam bentuk positif dan ada stress yang negatif. Stress yang positif disebut "eustress" manakala stress yang negatif pula disebut sebagai "distress".

Stress yang positif ini adalah suatu tekanan yang akan mendorong kita untuk maju. Stress ini penting unutk kita sebenarnya. Jika tidak ada stress yang positif ini, kita tidak akan berbuat apa-apa untuk majukan diri kita.

Tekanan dalam bentuk positif ini akan membuatkan kita lebih kreatif, lebih berhati-hati,akan memberika lebih tumpuan di alam pekerjaan yang kita lakukan. Ia juga jadi perangsang kepada kita.

Contoh Stress yang positif: " Kita lambat siapkan kerja yang bos mintak. Lepas tu  bos marah-marah dekat kita, suruh siapkan kerja petang ni juga, sapa yang tak rasa stress kan ekan marah? Tapi kalau kita bijak kita akan siapkan kerja juga ikut masa yang ditetapkan, dan kalau kita tak tahu mengawal stress, kita buat tak tahu , lepas tu duk maki-maki bos..hahahaha...selapas itu kita akan cuba perbaiki diri siapkan kerja sebelum dateline dan lebih berhati-hati.

Dan stress yang negatif pula akan membawa perubahan yang teruk dalam diri kita, jika kita tidak mampu untuk mengawal bebanan itu, silap-silap kita juga mungkin akan mengalami tekanan jiwa.


Apakah Tanda-Tanda/ simptom anda mengalami Stress ?


Tanda-tanda stress dalam bentuk fizikal, kita akan mengalami keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

Tanda-tanda stress dalam bentuk Mental pula kita akan rasa hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.

Tanda-tanda stress dalam bentuk Emosi, kita akan mudah rasa risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.

Tanda-tanda stress dalam bentuk Perangai, diri kita kan berasa keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.

Stress ini ada baik dan buruknya dan ada yang teruk dan ada stress yang sedikit je.  Semua bergantung kepada cara kita mengawal bebanan yang kita terima.

Jika kita tidak mampu unutk mengatasinya seorang diri, jangan kita malu untuk meminta bantuan orang lain. JIka kita tersalah langkah buruk padahnya nanti.

Sumber : Apa Itu Stress 

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail