Namum begitu, tarikh cadangan itu terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963, kes ini adalah disebabkan oleh bantahan daripada beberapa buah negara jiran. Dan akhirnya pada 16 September 1963 barulah diisytiharkan penubuhan sebuah negara yang benama Malaysia.
Dan sambutan Hari Malaysia yang pertama kali telah di adakan pada 17 september 1963 di Stadium Merdeka. Jom kita tengok gambar kenangan sambutan Hari Malaysia buat pertama kalinya di dalam sejarah.
![]() |
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima tabik hormat dari anggota pasukan seragam. |
![]() |
Pelajar-pelajar sekolah membentuk perkataan ‘Hidup Malaysia’. |
![]() |
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan diraja di upacara pemasyhuran Malaysia. |
![]() |
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali |
Kronologi Sejarah Penubuhan Malaysia.
27 Mei 1961 - Tunku Abdul Rahman telah menyatakan tetang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak di persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura.
23 Julai 1961 - Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia telah ditubuhkan didalam satu mesyuarat Perstuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Donald Stephen.
Ogos 1961 - Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia mengadakan mesyuarat buat kali pertama di Sabah.
18-20 Disember 1961 - Mesyuarat buat kali kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia telah diadakan di Kuching, Sarawak.
6-7 Januari 1962 - Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia mengadakan mesyuarat ketiganya dan telah diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur.
17 Januari 1962 - Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bagi membuat tinjau pandangan daripada penduduk di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.
3-4 Februari 1962 - Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia telah bermesyuarat buat kali keempat.
21 Jun 1962 - Laporan Suruhanjaya Cobbold berjaya disiapkan dan dikemukakan laporanya kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Julai 1962 - Kata sepakat telah dicapai diantara Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.
9 Julai 1963 - Satu Perjanjian penting ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
16 September 1963 - Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur oleh Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia.
![]() |
Watikah pemasyhuran Malaysia yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 16 September 1963. |
Kredit : Sumber rujukan & gambar daripada Arkib Negara Malaysia.