Nombor atau angka, sesuatu yang penting didalam kehidupan kita. Aku ambil contoh paling senang la, sekarang dah pukul berapa, kita tengok jam kan? salah, sebenarnya kita sedang tengok nombor. Macam Broframestone selalu update dekat status facebook dia 7:07..hahaha...nampak tak bertapa pentingnya nombor dalam hidup kita.
Dengan menggunakan nombor juga la kita menilai kekayaan seseorang. Sapa orang yang paling kaya dekat Malaysia ni, orang akan tanya berapa aset yang dia ada. Dan orang akan sebut jumlah aset dia didalam bentuk nombor. Contohnya Mahmud Taib berapa jumlah harta dia? Korang fikirlah sendiri..hmmmm
Sebenarnya aku mula terfikir pasal nombor ini selepas membaca satu entri terbaru daripada bro Hasrul Hassan pasal kepercayaan blogger terhadap Angka.
Tapi topik aku hari sebenarnya nak bercerita tentang macam mana orang kita obses dengan nombor tak mengira lelaki atau wanita. Banyak perkara yang ada dimasyarakat kita ini berkaitan dengan nombor. Dan sememangnya inilah yang wujud di dalam masyarakat kita.
Kita tak sedar sejak dari kecil lagi kita sudah diajar untuk obses dengan nombor. Bagaimana? Masihkah kita, masa kita sekolah dulu, bermula dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah bersambung pula ke institut pengajian tinggi. Kita telah di paksa untuk obses dengan nombor-nombor yang melambangkan kehebatan, kecemerlangan, kelayakan dan bermacam-macam 'ke'.. lagi.
Setiap tahun apabila kita dapat buku rekod sekolah. Semua kawan-kawan sibuk duk tanya, "awak dapat nombor berapa?". Balik rumah mak ayah pula tanya, "awak dapat nombor berapa?". Tak abis dekat situ, sebelah petangnya mak cik jiran sebelah pula datang bertanya dengan mak kita,"anak awak dapat nombor berapa?". Pada sebelah malamnya ayah pula bising, "tahun depan ayah nak awak dapat nombor satu" sambil mak duk sebelah menyampuk "Tak malu ke dengan anak jiran sebelah tahun nie anak dia dapat nombor 3". dekat sekolah keesokanya pula cikgu pula cakap, "sapa dapat nombor paling corot kena turun kelas"...adeh -.-
Sampai sudah kita dimomokkan dengan nombor sampai terbawa ke dalam mimpi..hahaha..mimpi nombor ekor la tu..yang ni kita tak suka. Ini pun kisah orang obses dengan nombor jugak ni. Salah satu sikap orang kita jugak ini, bukan semua tapi segelintir ajelah, yang obses dengan nombor ekor.
Ada orang yang obses dengan nombor ekor ni sanggup pergi jumpa bomoh, pergi puja kubur sebab nak minta nombor ekor...yang ini memang tahap dewa la punya taik judi...ada juga yang secara kecil-kecilan pula pantang ada eksiden, mulalah nak berhenti tepi jalan, bukan nak tolong orang eksiden tapi nak pergi tengok nombor kereta, boleh tikam big small takpun tapau semua sekali..hahaha...durjana orang macam ini. Insaf la wei.
Kalau nak kira memang banyak lagi perkara yang orang kita ni obses sangat dengan nombor, tu belum cerita bab nombor plate kereta, nombor telefon, bab dulang hantaran, bab tarikh-tarikh, bab bilangan hari dan bermacam-macam nombor lagilah.
Tapi ada yang juga obses dengan nombor berkaitan agama seperti selalu guna nombor 786 dan 777..Tetapi kalau obses dengan nombor 666 tu pula bapak setan punya nombor, jangan ikut pulak.
Harap-harap jangan la pula kita lupa tentang nombor yang wajib ni iaitu 24434...hehehe...Apa-apa pun jangan kita biarkan hidup kita diselubungi dengan nomborrrrrr.