Mengapa aku menulis blog. Dah banyak aku rasa artikel yang ditulis oleh blogger yang meluahkan mengapa mereka menulis blog. Kiranya dah jadi macam klise kan...arghh...tapi harap-harap artikel aku ini tidak klise. Aku ada sebab aku sendiri yang mendorong untuk aku buat dan menulis blog.
Darah yang mengalir di dalam tubuh aku ini, ada darah seni, mungkin sedikit. Aku mungkin mewarisi darah seni yang ada pada ayah aku. Ya, ayah aku juga seorang penulis, sewaktu ketika dahulu. Sewaktu aku masih lagi kecil dan terlalu mentah untuk memahami dunia. Era tahun 80-an, era aku dilahirkan.
![]() |
Gambar hiasan. Mesin taip |
Ayah aku dahulunya seorang penulis skrip drama radio. Drama radio? Apa tu? Mungkin anak muda di zaman sekarang tidak tahu atau tidak berapa mengetahui pasal adanya drama radio. Drama yang jauh berbeza daripada drama swasta dikaca televisyen. Sebab drama radio tiada gambar atau video, yang cuma ada hanya suara dan bunyi muzik latar.
Aku tidak pasti radio mana yang pernah menyiarkan karya ayah aku. Semasa kecil aku pernah mendengar beberapa rakaman dalam kaset, karya ayah aku ke udara ke seluruh pelusuk Malaya. Tapi kaset itu entah kemana dah sekarang, satu kerugian buat keluarga aku. Sepatutnya ia menjadi khazanah berharga buat keluarga aku.
Walaupun begitu beberapa naskah karya ayah aku, masih disimpan. Aku balik kampung minggu lepas cuba cari balik skrip lama itu, tapi tak jumpa pula. Seingat aku ada 3 atau 4 drama yang belum sempat ayah hantar ke stesen radio dan ada 2 atau 3 naskah lagi skrip yang belum siap sepenuhnya, cuma ada jalan cerita dan pengolahannya, cuma skripnya sahaja yang belum siap.
Aku pun tidak pernah bertanya ke pada ayah aku mengapa dia berhenti sekerat jalan. Ayah aku pun tak pernah nak bercerita pasal ini. Lagipun ini kisah tahun 80-an dahulu. Aku boleh lihat usaha dan cita-cita ayah aku diwaktu itu amat tinggi, ayah aku telah membeli sebuah mesin taip untuk memudahkan dia berkarya, dizaman itu buka semua orang kampung mahu membeli mesin taip.
Mesin taip itu lebih kurang macam laptop zaman sekarang la. Sebab meisn taip ayah aku tu jenis yang senang dan mudah dibawa kemana sahaja. Tapi semasa aku sedang membesar, dan ayah aku tidak lagi menulis, mesin taip itu sudah jahanam, dek angkara aku adik beradik jadikan mesin taip tu jadi barang permaian. Dengan menggunakan mesin taip itulah nukilan karya-karya ayah aku dihasilkan, sedihnya, aku pula pergi menjahanamkannya.
Selain dari skrip radio, aku pernah membaca 3 buku nota kecil ayah aku, yang di dalamnya sarat dengan madah puisi serta pantun. Jadi mungkin sebab darah seni yang mengalir di dalam tubuh ini, membuatkan aku ingin menulis blog. Ayah kau lagi hebat, karya penulisan beliau pernah berkumandang corong-corong radio.
Aku berharap, aku akan menyambung legasi ayah aku ini. Untuk terus menulis dan menulis, untuk perkara kebaikan dan manfaat semua pembaca. Itulah serba sedikit sebabnya mengapa aku menulis blog. Nak tanya sikit pernahkah korang dengar drama radio?..hu3