-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Lelaki Yang Sempurna

Mencari lelaki yang sempurna? Bukan disini, lelaki ini serba kekurangan. Tetapi aku nak bercerita pasal kesempurnaan. Semua perkara kalau boleh kita mahukan ia sempurna. Banyak perspektif kita boleh lihat makna kesempurnaan. Sempurnanya sesuatu itu, ia bergantung kepada diri sendiri yang menilai dan melihatnya. Pandangan setiap dari kita mungkin berbeza.

Lelaki Yang Sempurna

Kita mencari kesempurnaan di merata-rata, kita nak cari suami atau isteri yang sempurna, kita nak keluarga kita sempurna, kita nak kerjaya kita sempurna. Banyak bendalah nak dikira, tapi kalau boleh biarlah kita cari kesempurnaan dari pandangan Allah s.w.t juga.

Ada orang yang jenis Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Orang jenis ini mahukan semua perkara nampak sempurna, biar teratur. Jikalau ada kurang dimata beliau, serba tak kena jadinya. Contohnya dimeja makan, kena dihidangkan dengan elok, hidangan pula semua kena lengkap, kalau tak cukup satu menu, boleh hilang selera dibuatnya, hampeh...sehinggakan sekecil-kecil perkara pun akan nampak besar dimata beliau. Mereka ini sungguh teliti mencari kesempurnaan.

Ada orang pula mencari kesempurnaan dengan berfikir orang itu akan sempurna jika orang itu mengikut cara atau idealogi dia. Jika orang lain tak sekepala dengan dia, serba tak kena, yang ini tak betul, yang itu pun salah. Bagi mereka golongan atau kumpulan dengan idealogi mereka sahaja yang betul dan sempurna, jika orang lain berbeza pendapat akan dianggap tidak sempurna.

Tanggapan manusia terhadap kesempurnaan ini bermaca-macam ragam. Ada yang menganggap kemewahan itu sebagai lambang kesempurnaan. Semuanya cukup lengakap dengan gaji besar, jawatan besar, kereta besar, rumah besar dan bini pun besar, bagi mereka itulah tanda kesempurnaan, iya betul itu memang sempurna, sempurna dari segi harta kekayaan. Tapi jangan lupa itu semua hanya pinjaman..hehehe..kena bayar balik nanti.

Kalau nak cerita bab sempurna ini takkan habis dengan satu artikel aku ni, jadi apa kata korang pula , beri komen pasal kesempurnaan ini.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail