Nak kahwin awal ke? lewat ke? itu masing-masing punya hal la. Masyarakat kita pula jenis suka apply jawatan khas untuk menjaga tepi kain orang lain, sedangkan gajah depan mata pun tak nampak.
Semua benda yang orang lain buat serba tak kena, kahwin lambat salah, kahwin muda (awal) pun salah, kahwin dengan janda pun nak heboh, orang tua kahwin dengan anak dara jadi kecoh, orang tambah cawangan satu confirm pecah mulut bercerita, pendek kata semua benda jadi masalah kepada golongan orang macam ini.
Soal jodoh memang ditangan tuhan, tapi kita kena mencari barulah kita mendapat. Pilih pun bukan sebarang pilih, kena ikut turutan yang nabi dah ajar, mula-mula pilih agamanya, kecantikkannya, keturunannya dan hartanya. Carilah yang beragama amat ditekankan oleh nabi kita.
Soalnya kini, kenapa susah sangat lelaki ni mahu berkahwin, apakah puncanya?
1. Tak Ada Calon Isteri - senang cerita tak ada awek la...dah tak ada calon nak kahwin macam mana kan. Nak mengorat pun tak reti kan, macam mana nak cari isteri, nak suruh mak tolong carikan takot tak berkenan pulak (pandai emelih pulak tu).
2. Duit Tak Cukup - ini lagi bermasalah, calon dah ada, duit hantaran pula tak cukup, nak kahwin zaman sekarang bukan macam zaman dahulu. Banyak duit nak dipakai nak buat majlis ni, duit hantaran lagi, mas kahwin, belanja majlis kenduri, duit nak beli barang hantaran...mahu botak kepala lepas majlis nanti.
3. Belum Bersedia Nak Berkomitmen - rasa diri tak boleh nak beri komitmen sepenuhnya kepada isteri dan keluarga nanti. Mungkin disebabkan dia kerja mengalahkan P.M. tiap-tipa hari ada meeting kan...huhuhu..gurau je...mungkin dia nak kena jaga keluarganya dahulu, ataupun nak kasi lepas adik dia belajar dulu dan kahwin...barulah dia akan kahwin.
4. Belum Cukup Ilmu Agama Nak Mengajar isteri - ada betulnya jugak tu, nanti semua dosa isteri dan anak akan digalas oleh lelaki/suami. Sebab itu orang cakap untung cari calon isteri yang ada pegangan agama yang kuat, tak perlu kita didiknya lagi, cuma sekadar menberi teguran..silap-silap dia yang ajar kita balik...hahaha.
5. Belum Mampu Nak Tanggung Anak Orang - rasa diri belum mampu nak tanggung dari segi kewangan..iyalah takkan nak bagi anak orang makan pasir kan..tapi jangan lupa rezeki dan hikmah yang tuhan janjikan kepada mereka yang berkahwin...he3.
Aku tak kisah pun soal kahwin lambat atau cepat. sebab jodoh ini dah ditetapkan oleh tuhan. Aku pun dulu kahwin semasa umur 27 tahun. Kiranya mencapai target akulah, untuk mendirikan rumahtanggan sebelum mencecah umur 30 tahun.
Kita tidak perlu gusar soal jodoh ini sebenarnya, jika sudah sampai masanya, tuhan akan hantarkan jodoh buat kita tanpa kita mengerti bagaimana ia boleh terjadi. Semoga mereka yang masih solo, berkahwinlah kamu, sesungguh besar nikmatnya yang menanti...hehehehe.