Sebenarnya tanggapan sebegini bukannya salah sesiapa, kita sudah terbiasa dengan adat kita sejak dari zaman dahulu yang sudah termaktub bahawa kerja rumah ini adalah tugas hakiki kaum wanita.
Bukan aku nak kata lelaki ini tak bagus, malah ada juga yang rajin tolong isteri di rumah. Cuma kadang kala pandangan masyarakat kita yang tak mahu berubah, sebab ada saja yang duk mengejek jika ada kaum lelaki yang buat kerja rumah, dayus la, laki takut bini la. Apa ni, orang tu tolong isteri dia la beb, dapat pahala, bukan kerja sia-sia, silap-silap malam nanti dapat upah lagi..aummm...
Pada aku salah satu caranya untuk kita buat kaum lelaki jadi rajin dan mahu membuat kerja rumah adalah dengan cara asuhan dari sejak kecil...sebab ada keluarga jiran sebelah rumah aku dulu..semua anak-anak dia kena buat kerja rumah tak kira lelaki ke perempuan.
Selepas makan semua orang kena basuh pinggan masing-masing. Setiap petang aku akan tengok adik beradik mereka akan bergilir-gilir sapu sampah dekat laman rumah.
Mereka telah diasuh dengan cara begitu, dan sudah menjadi tebiat mereka begitu..Insyallah mungkin melekat sampai ke tua..lama tak jumpa jiran aku tu, sejak dia pindah rumah.
Bukan niat aku nak menperlekehkan kaum lelaki dalam hal ini, jangan ada yang terasa, cuma kita nak wujudkan suasana tolong menolong di dalam rumah tangga kita. Tak kesian ke tengok isteri kita tiap-tiap hari buat kerja tu. Sekali - sekala tolonglah dia juga, buat apa yang patut.
Aku harap aku tak menyinggung perasaan sesiapa dengan penulisan kau ini, aku cuba karangkan daripada setiap pemerhatian aku di dalam kehidupan seharian. Mungkin ada pandangan lain juga boleh kita sama-sama kongsikan.