-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2013/2014?

Kecoh hari ini pasal pelarasan kenaikan gaji baru penjawat awam 2013/2014. Aku pun tak pasti akan kebenaran berita ini, berdasarkan berita yang disiarkan di laman Beritaterkini.my. Pelarasan gaji baru ini dikatakan akan berkuatkuasa seawal disember 2013 nanti.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2013/2014


Jika fikirkan logik mungkin ada benarnya sebab pada 25 Oktober nanti PM kita akan buat pembentangan bajet 2014. Mungkin inilah intipati bajet yang akan mengembirakan hampir 1.42 juta penjawat awam diseluruh Malaysia.

Tapi...ada tapinya pula, kalau nak difikirkan logik jugalah, pada bulan Julai 2013 yang lepas, penjawat awam sudah menikmati kenaikan gaji tahunan buat kali kedua untuk tahun ini. Untunglah penjawat awam tahun ini sahaja sudah dua kali naik gaji. Takkanlah ujung tahun nanti nak kasi naik gaji lagi...botak kepala macam ni.

Namum, bukan sekali ini sahaja tersebarnya berita yang hampir sama disetiap kali menjelang tarkih pembentangan bajet. Hampir setiap tahun pasti akan munculnya berita khabar angin sebegini, tetapi selepas bajet dibentangkan, semuanya terjawab, semua khabar angin itu tipu belaka.

Selalunya, menurut laman itu juga, sumber maklumat ini diperolehi daripada Putrajaya. Macam biasalah orang ada kabel kuatkan..huhuhu..semua maklumat dalaman mereka tahu. Aku kadangakala syak wasangka jugak, takkanlah perkara penting macam ini boleh terlepas kepada pengetahuan umum, bukankah sepatutnya jika adakan mesyuarat pasal dasar kerajaan ini adalah rahsia. 

Takkanlah pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat, sungguh tidak professional, tak boleh nak tutup mulut. Tapi jika kita lihat pula kepada fenomena sekarang, semua perkara orang nak update je ke status laman sosial mereka, kononnya up to date kan.

Tak kisahlah yang tu, kalau betul khabar angin ini, syukur alhamdulillah. Jika tak betul semua pakat tepuk dahi. Tapi satu sahaja yang selalu kita runsingkan jika berlakunya kenaikan gaji penjawat awam ini, risau kalau-kalau ada barang naik harga...jeng...jeng...jeng...

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail