-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Jiwa-Jiwa Kecil

Orang berjiwa kecil adalah mereka yang terus menyerah sahaja pada nasib, berjiwa budak(hamba), bertuhankan manusia...takut segala orang yang berpangkat, menurut definisi Profesor Hamka.

Untuk kita berjaya dan maju kedepan, kita harus 'besarkan' jiwa kita. Sebabnya orang yang kecil jiwanya hanya meneruskan apa yang dia ada tanpa wujud rasa mahu berubah, malas untuk berfikir mencari jalan untuk keluar daripada kepompong. Berfikir dibawah tempurung.

Jiwa-Jiwa Kecil

Orang seperti ini sebenarnya takut, mereka takut untuk gagal. Mereka takut akan ditertawakan nanti jika apa yang mereka usahakan menemui kegagalan. Mereka lebih suka untuk tidak berbuat apa-apa untuk merubah keadaan, nanti ada orang akan ejek kita sebab usaha kita gagal.

Akhirnya mereka mengalah dan biarkan setiap hari itu biarlah berlalu seperti kebiasaannya.

Perumpamaan yang sesuai untuk mengambarkan mereka ini adalah "hidup segan, mati tak mahu". Mungkin kasar ayat aku ini, tetapi inilah realitinya. Mereka tidak kreatif dan inovatif di dalam mencari jalan kepada sesuatu untuk mencapai kejayaan. Meraka lebih suka unutk mengikut telunjuk daripada orang yang lebih berpangkat. Rasa hormat mereka kepada orang yang berpangkat ini begitu tinggi.

Macam mana kita mahu maju jika kecilnya jiwa kita, apabila kita terlalu merendah diri, kita memandang rendah kepada keupayaan diri kita sendiri. Bukannya nak suruh kita jadi riak, tetapi kita juga perlu bangkit menperlihatkan kemahiran yang kita ada.

Petikan kata-kata Hamka lagi, rakyat jelata berjiwa kecil akan bertuhankan manusia dan takut kepada orang berpangkat, pemimpin kecil jiwa bernafsu besar pula akan bertuhankan kuasa dan bergelumang dalam kemewahan harta.

Besarkan jiwa kita untuk mengapai cita-cita dan impian kita. Bangkit perjuangkan nasib kita. Jangan mudah mengalah dan usaha yang gigih. Bukan niat kita untuk melawan takdir tetapi tuhan sudah tetapkan Qada dan Qadar.

Ada ketentuan yang memang kita tidak boleh ubah sampai bila-bila dan ada juga ketentuan yang perlukan jawapan daripada kita. Jadi apakah jawapan kita kepada nasib kita?

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail