![]() |
Alisya Nadhirah sedang tidur sambil posing. |
“Bau bayi itu (berasal) dari bau syurga”.(Al- Jami’u Ash-Shagril. Hal : 164)
Tapi sebenarnya hadis ini Diriwayatkan dalam Al-Jami` Ash-Shaghir, namun didha`ifkan sendiri oleh As-Suyuthi. Jadi hadis ini adalah "lemah" tetapi ia bukannya "palsu". Sebenarnya hadis ini dalam bentuk kiasan, bahawa bayi yang baru lahir itu suci, tiada dosa, jika dia meninggal sudah tentu akan masuk syurga. Jadi sebab itulah, hadis tersebut menyatakan bau bayi itu digambarkan sebagai bau syurga. Jadi hadis itu bukan bermakna bau syurga itu seperti bau bayi yang baru dilahirkan.
Tapi memang tak dinafikan, bau bayi itu memang menenangkan, mendamaikan, memang tiap-tiap hari kerja aku nak mengomol pipi Alisya yang gebu untuk dicium...hu3.
Tapi ada juga golongan yang dikhabarkan tak dapat cium bau syurga. Siapakah golongan manakah ini ...nauzubillah..semoga kita termasuk dalam golongan ini.
10 Golongan Yang Tidak Dapat Mencium Bau Syurga
1. Wanita-wanita yang meminta talak tanpa alasan syar'ie.
2. Orang-orang yang membunuh kafir zimmi. Tiga golongan kafir yang HARAM dibunuh:
- Kafir Zimmi: Orang kafir yang membayar jizyah yang dipungut setiap tahun sebagai imbalan yang membolehkan mereka tinggal di negara kaum Muslimin
- Kafir Mu'ahad: Orang-orang kafir yang telah bersepakat dengan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurun waktu yang disepakati.
- Kafir Musta'man: Orang-orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebahagian kaum muslimin.
Kafir yang boleh diperangi dinamakan kafir Harbi iaitu orang kafir yang memerangi umat Islam seperti bangsa Yahudi di Palestin yang membunuh umat Islam Palestin.
3. Wanita-wanita yang tidak menutup aurat.
4. Orang-orang yang menderhakai kedua ibu bapanya.
5. Orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Orang-orang tua yang mewarnakan ubannya dengan warna hitam.
7. Orang-orang yang mengubah nama bapanya.
8. Lelaki yang dayus.
9. Pemimpin-pemimpin yang tidak menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat.
10. Orang-orang yang membunuh putera mahkota yang telah ditabalkan.
Namum begitu Allah s.w.t itu Maha Pegampun. Jadi setiap hari kita digalakkan untuk memohon ampun dan segerakan untuk bertaubat, jika sudah terlanjur melakukan dosa besar.
Semoga kita semua akan diberkati dan mendapat keredhaan Allah untuk mencium bau syurga dan masuk ke dalam syurga bersama-sama ahli keluarga kita dan saudara mara kita.