Apa main geng-geng ni...kalau berani satu lawan satu ma...baru kita kawtim. Ini bukan nak cerita pasal Geng 04 ataupun Geng 08, apatah lagi pasal filem KL Gangster 2 yang bocor itu. Tapi ini nak cerita pasal geng tikus atau nama glamornya 'cik siti' yang popular dengan siri animasi Tom & Jerry. Apa yang aku merepek ni.
Sebenarnya aku nak cerita pasal tajuk akbar hari yang terpapar kisah yang agak mengelikan dan menjijikkan, "6.8 juta tikus melebihi populasi penduduk di KL!". Jika tepat statistik yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini, jumlah ini teramat banyak dan membimbangkan, faktanya jumlah ini melebihi daripada jumlah ahli Geng 04.
Kita semua tahu tikus ini adalah spesis binatang yang pengotor, yang boleh membawa wabak penyakit berjangkit kepada manusia. Jangan sampai Kuala Lumur dilanda bencana seperti yang pernah berlaku di Eropah pada 1347-1351. Sekitar 75 ribu orang telah meninggal dunia diserang diserang wabak Black Death.
Wabak Black Death ini menurut para saintis adalah berpunca daripada virus tikus hitam (Indian Rat Flea) yag berasal daripada Asia Tengah. Tikus-tikus ini telah dibawa belayar diatas kapal daripada Asia Tengah dan tiba di Eropah dan Mediterranean.
Akibat daripada serangan wabak ini, populasi Eropah telah menurun sebanyak 30% hingga 60%. Dan populasi dunia juga turun merundum dari 450 juta kepada 350 hingga 375 juta pada penghujung tahun 1400. Namum begitu ada teori lain daripada saintis pasal wabak Black Death ini.
Itu kisah sangat lama dah, kita nak tengok contoh terdekat pula, dekat Malaysia pun ada juga kisah penyakit bawaan tikus ini, siapa tak pernah dengar pasal "Penyakit Kencing Tikus" kan/ Sudah banyak kali ada laporan kematian yang disebabkan penyakit kencing tikus ini. Walaupun penyakit ini tidak sehebat Wabak Black Death, tapi ia juga amat merbahaya.
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis ini menjangkiti manusia melalui air yang dicemari dengan air kencing tikus, kemudian air dicemari tadi tersentuh pula dengan bukaan pada kulit kita seperti luka dan mata.
Petikan Akbar Sinar Harian:Katanya, walaupun gam dan perangkap tikus diletakkan di dalam rumah, namun tetap tidak dapat menyelesaikan masalah apabila haiwan itu dikatakan semakin bijak melakukan aktiviti.“Tikus nampaknya lebih bijak. Jika kita letak roti dia makan tetapi tidak di bahagian yang diletakkan gam.
Betul ke tikus ini semakin bijak, dah tak makan umpan nak masuk perangkap. Tikus zaman teknologi la katakan.