Doa adalah senjata orang Muslim. Anugerah yang tuhan berikan buat kita. Rugilah jika kita angkuh dan tidak mahu meminta daripada tuhan. Padahal sering kita menyebut ALLAH Maha Berkuasa. Kemana lagi hendak kita bergantung.
Doa adalah untuk kita minta kepada perkara baik-baik. Jadi aku pun ingin berdoa yang baik-baik untuk anak aku. Alang-alang aku dah jadi Mr. Mama ni kan, aku rasa lebih bauk bacakan doa-doa ini untuk Alisya.
Tak sempat aku nak berceramah (macam ustaz daa) panjang, Ambil kesempatan sejenak sementara Alisya tidur, ini adalah hari kedua aku menjadi Mr. Mama. Alisya, ini doa Abi untuk Alisya.
Doa untuk anak jadi cerdik, pandai dan bijak
1. Baca Al-Fatihah (1 kali)
2. Baca Ayat Kursi (1 kali)
3. Baca Surah Insyirah (1 kali)
Doa untuk anak yang nakal (Insyallah Alisya jangan jadi nakal nyer..hu3)
Dilakukan ketika anak kita sedang tidur, tiupkan di ubun-ubun anak kita. Pasang niat dan bacakan ayat-ayat berikut :-
1. Baca Al-Fatihah (1 kali)

2. Baca Ayat Kursi (1 kali)
3. Baca Selawat Syifa' (7 kali)
4. Baca Surah Al-Imaran, Ayat ke-200 (7 kali)