Ego ada di dalam setiap diri kita. Lebih-lebih lagi kaum adam, lelaki. Ego itu bukannya sesuatu yang buruk, sebab setiap yang tuhan jadikan itu ada positif dan ada negatifnya. Jadi memang tak salah jika ada ego didalam diri kita.
Ego adalah maruah bagi seorang lelaki, sebagai benteng daripada menjadi lelaki dayus. Namum wanita juga ada egonya juga kan, betul tak?..hehehe
Bagi aku baik lelaki atau wanita, semua ada egonya sendiri. Cuma tinggi atau tidak ego seseorang itu bergantung kepada diri masing-masing. Jika kita tidak tahu mengawal keegoan kita, disitulah kesilapan yang telah kita lakukan.
Kenapa harus kita ada perasaan ego, adakah sebab kita kaya, ada harta, ensem dan kacak, kita popular ada ramai peminat, kita ada banyak kelebihan daripada orang lain maka kita perlu berlagak dengan egonya. Jika itulah keegoan kita, maka diri kita akan jadi rosak, dan mabuk di dalam perasaan riak serta perasaan bongkak kita itu
Ada mereka yang ego tidak boleh menerima sebarang kritikan dan teguran. Hati mereka keras tak boleh nak mendengar nasihat, padahal diri sendiri sudah tahu apa yang dikritik itu ada betulnya. Namum kita angkuh dengan keegoan kita, dengan menyatakan "kau siapa nak kritik aku, cerminlah diri tu dulu".
Selalunya mereka yang tinggi egonya sukar untuk mengalah, mereka tiada sifat tolak ansur. Didalam setiap perkara mereka mahu menang saja, mereka tak mahu diri mereka dilihat rendah berbanding orang lain. Jika ada berlakunya perselisihan faham atau pergaduhan, mereka sukar untuk mengalah, kalau mereka nak mengalah pun sebab dah kena penumbuk sebijik dekat muka tu baru dia tau.
Sifat ego juga akan membawa sikap mementingkan diri sendiri. Kita tka fikirkan pasal maslah orang lain, yang kita tahu cuma kita dapat hak kita. Tapi kita kena ingat esok kalai kita dah mati, lepas tu semua orang penting diri sendiri, dengan egonya tak nak pergi urusan mayat kita, ego mereka pula tinggi tak nak maafkan kita....hmmm masyallah..nauzubillah
Jangan kita biarkan sifat ego yang negatif menguasai diri kita. Ada masanya kita harus campak jauh-jauh perasaan ego itu, kita rendahkan keegoan kita untuk kebaikan bersama. Mungkin disaat itu ada yang lebih penting daripada kita sifat ego kita.
Tetapi aku setuju jika ada orang yang gunakan ego sebagai satu ketegasan ke arah kebaikan, lebih-lebih lagi jika berkaitan demi untuk menjaga maruah diri dan agama. Ubah yang negatif jadi positif.