-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Cermin Diri

Mesti kita pernah dengan ayat macam ini kan, "wei cermin la diri ko tu dulu sebelum nak ngorat aku." ataupun "hang tak reti nak cermin diri hang dulu ka nak mai bekawan dengan aku." ataupun...erk berapa banyak atau daaa...sebenarnya aku bukan nak cerita pasal cermin diri yang itu. 

Cermin Diri

Ini adalah kisah aku dengan seorang pak cik yang aku sempat kenal dia cuma tak sampai sejam.

Kisah ini berlaku 5 tahun yang lepas kalau tak silap aku, masa tu aku masih mentah dan bekerja di Kuala Lipis, Pahang. Setiap hari aku ulang laik pergi kerja naik bas.

Kebetulan bus stand yang paling dekat dengan tempat kerja aku dekat dengan masjid, jadi sebelum aku naik bas balik aku akan singgah di masjid itu untuk solat asar.

Pada petang yang hening itu, selepas aku selesai solat asar, aku pun menyeberang jalan untuk tunggu bas. Ada seorang pakcik sedang tunggu bas juga. Tak pernah nampak pun dia sebelum ini tunggu bas dekat situ.

Dia yang tegur aku dulu, pak cik kira banyak cakap jugak la. Tetapi banyak kata-kata dia yang berunsur nasihat. Dan ada ayat dia yang paling aku suka. Kata-kata yang masih segar ditelinga aku ialah...

"Kita jangan cepat sangat berburuk sangka dengan orang, apa yang hati kita rasa itu seperti cermin diri kita, apa yang kita tengok dekat orang tu, itulah yang mencerminkan diri kita yang sebenarnya." pergh..berfalsafah pula pak cik ni. Mendalam betul ayat dia tu.

Membuatkan aku berfikir sejenak dengan kata-kata pak cik itu tadi, sampai sekarang aku masih ingat kata-kata pak cik itu. Disebabkan kata-kata pak cik yang begitu hebat, aku memang dah lama tulis dalam kertas ayat-ayat dia tu dan aku simpan sampai sekarang.

Tapi sekarang buat kau rasa menyesal sebab sekejap saja pertemuan kami dulu, jika ada pada masa itu panjang masanya, mungkin ada banyak ilmu yang aku dapat korek daripada pak cik tu.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail