-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Cara Menarik Trafik ke Blog Baru

Pagi tadi aku nak study sikit pasal cara menarik trafik ke blog baru. Macam biasalah, aku pun pergi menuntut ilmu dengan pak cik Google. Aku bukan apa, sebagai blogger baru, banyak lagi ilmu yang perlu aku belajar untuk menaikkan lagi trafik ke blog aku ini. Tapi tak semena-mena hasil carian itu agak mengejutkan aku. Korang nak tahu apa sebabnya?

Cara Menarik Trafik ke Blog Baru

Aku rasa aku tak pernah tulis tip atau petua untuk menarik trafik ke blog, lagi pun artikel yang terpapar dekat google tu adalah artikel untuk kontest yang aku menang tempat ke-3 tu...hehehe...artikel itu sebenarnya pasal Apa kata blogger tentang trafik blog?.

Hasil daripada pembelajaran aku pagi ini, ada banyak juga tip yang bagus dan sudah pun aku buat sepanjang sebulan lebih aku buat berblogging ini. Sekarang aku cuma perlu pertingkatkan lagi usaha untuk memajukan blogger lelaki ini.

Cara Menarik Trafik ke Blog Baru

Cara tarik trafik ke blog baru

Ada banyak cara dan tip yang aku dapati daripada hasil carian aku bersama pak cik Google. Namum begitu didalam artikel ini aku hanya akan tulis tips atau cara yang telah aku cuba untuk menarik trafik yang banyak blog baru aku ini.

1. Isi Kandungan Blog Yang Bagus.

Dah nama pun blog kan, kenalah ada isinya atau artikel kan?. Jadi kita perlu menulis artikel yang bagus dan berkualiti, ada juga tip yang menekankan agar jangan buat entry copy paste, tapi aku ada juga buat artikel copy paste ini, tapi buat dengan cara aku sendiri. Dan sedaya upaya aku cuba untuk menberikan kredit kepada penulis asal jika ada. Aku pun tidak pasti apakah penulisan aku ini bagus atau tidak, sebab takkan kita nak nilai diri kita sendirikan. Apa kata korang yang nilai aku.

2. Ping Entri.

Kita digalakkan untuk ping entri kita selepas kita update blog. Ada banyak laman untuk ping sebenarnya, tapi aku kadang-kadang malas juga. Dan buat setakat ini aku hanya setia untuk ping di 3 tempat sahaja iaitu Blogr.my, Pingler dan Ping 'o' matic. Aku pun kurang pasti berapa trafik yang dah masuk melalui teknik ini.

3. Blogwalking.

Ini yang selalunya aku akan buat, jika ada kelapangan waktu banyaklah blog yang aku dapat singgah. Sambil aku singgah dimana-mana blog untuk bertegur sapa dan kadang kita bernasib baik sebab ada banyak juga tip yang kita dapat daripada blogger-blogger juga. Selalunya aku akan berikan komen di blog sebagai tanda aku sudah singgah diblog mereka. Jikalau ada topik yang hangat dan bagus, panjanglah juga komen aku pun...hu3...Tapi ada juga aku tak sempat nak tinggalkan jejak sebab loading blog terlalu lambat, jadi terpaksalah aku pangkah..he3

4. Sertai Kontest atau Segmen

Setakat dah banyak jugalah kontest dan segmen yang aku dah sertai, dan siap dahn menang tempat ke-3 untuk satu kontest tu. Bagi aku ini juga salah cara untuk kita kenal dengan lebih ramai blogger lain dan juga turut menpromosikan blog baru kita.

5. Trafik Dari Laman Media Sosial.

Aku dah cuba buat tips ini, tapi ruang waktu aku agak terbatas. Sekejap sangat waktu yang aku dapat luangkan di Facebook dan Twitter. Namum setiap kali aku update entri terkini aku tak penah lupa untuk kongsikan di Google+, Facebook dan Twitter. Follower aku pun boleh tahanlah sebagai blogger baru kan, boleh dibanggakan jugaklah, cuma Fanpage FB Blogger Lelaki masih belum mendapat sambutan...hu3


Aku tahu banyak lagi tip dan cara yang ada untuk kita menarik trafik ke blog baru. Tetapi bagi aku setakat ini sahajalah yang aku mampu buat, pelan-pelan kayuh kan...jikalau korang ada lagi tips yang bernas boleh la share dengan aku okey.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail