-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

4 Penulis Blog Di Penjara Hina Islam

Menulis sesuatu artikel itu adalah tanggungjawab si penulis itu sendiri. Apa isi kandungan dan cerita yang ingin dikongsikan perlu kita selidiki terlebih dahulu. Jangan main sebarang je nak berkongsi cerita, jangan sampai kita sebarkan cerita fitnah atau cerita palsu. 

Korang kenal tak dengan 4 penulis blog dibawah ini. Lihat betul-betul wajah mereka, kenal tak siapa mereka? Mungkin korang pernah blogwalking ke blog mereka ini. Mereka berempat ini telah dihukum penjara kerana menghina Islam di dalam blog mereka.


Hakim Mahkamah Tinggi Bangladesh, Zahrul Haque telah memutuskan bahawa empat penulis blog ini dijatuhkan hukuman 7 tahun penjara, diatas kesalahan menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

4 Penulis Blog Di Penjara Hina Islam

Menurut Pendakwa Raya, Shah Alam Lukdar, kesalahan tersebut telah dilakukan pada awal tahun ini, dan 4 penulis blog tadi didakwa dibawah undang-undang Teknologi Maklumat Dan KOmunikasi Media.

Keadaan agak tegang di Bangladesh, sejak kebelakangan ini, kerana pengikut athiest dan fundamentalis sering berdebat di media sosial berkaiatan isu keagamaan. malah ada beberapa blogger anti-Islam juga turut dibunuh pada bulan Februari lalu.

Nasib baik dekat Bangladesh kan, kalau dekat Malaysia tak tau la nak cakap apa kan. Diharap semua blogger akan menulis dengan baik dan bertanggungjawab, jangan sesekali menbangkitkan isu panas semacam ini. Kalau duduk dekat Bangla dah masuk penjara korang tau...hahaha

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail