-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

3 Faktor Kegagalan

Tetiba rasa nak memotivasikan diri pagi ini. Aku rasa semua orang pernah gagal dalam hidup mereka. Tapi apa sebenarnya yang menyebabkan kita gagal di dalam setiap apa yang kita lakukan. 

Kegagalan itu sebenarnya sudah menjadi lumrah hidup manusia. Pastinya kita tak ingat, macam mana kita mula-mula mahu belajar berjalan semasa kecil dulu. Berapa kali  kita gagal ketika cuba untuk belajar berjalan.

Semua orang pernah gagal. tak kiralah gagal dalam bercinta, gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan. dan bermacam-macam lagi la. Tapi...

3 Faktor Kegagalan


Pernah tak kita terfikir apa faktor yang menyebabkan kita gagal.

1. Tidak mengambil keputusan untuk berjaya.


Kita hanya berharap untuk berjaya, berdoa dan tawakal. Tapi kita tidak mengambil keputusan untuk mengatur langkah kearah kejayaan. 

Contohnya lebih kurang macam ni kita nak buat duit dengan blog, tapi kita tak membuat keputusan  untuk buat blog, macam mana nak berjaya. 

Kalau kita nak berjaya, kita kena buat keputusan yang tepat dengan memilih jalan mana yang kita mahu tujui.


2. Suka bertangguh.


Tak apa la awal lagi ni, sempat lagi ni dan bermacam-macam lagi alasan kita beri untuk menangguhkan kerja kita. 

Orang cari duit, kita pula cari alasan. 

Sampai bila pun kita takkan berjaya. Kita kena berusaha utuk berjaya. Jika semua kerja kita bertangguh, sampai sudah kerja kita tak siap.

Ini adalah sikap orang yang rugi.


3. Takut Untuk Gagal


Kita nak berjaya, tapi kita takut pada kegagalan. Sampai sudah kita tak buat apa-apa, sebabnya kita takut segala usaha kita akan gagal.

Kita takut untuk menanggung risiko. Jadi alasan kita, aku buat sikit-sikit pun tak apa, sebab kalau gagal nanti tak ada aku rasa kecewa sangat.

Dah kita usaha kita sedikit, macam mana nak hasilkan keputusan yang besar.

Memang betul rezeki datang dari ALLAH S.W.T, tapi kita disuruh berusaha, dan hasilnya adalah setimpal dengan usaha kita.

Orang yang takut untuk gagal, takkan berjaya. Sebagai contoh, orang tu takut untuk gagal dalam cinta, takut dikecewakan, dan sampai sudah dia tak pergi tackle mana-mana awek..hmmm..tunggu bulan jatuh ke riba la jawabnya.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail